Ahad, 13 November 2016

hospital

Dianggarkan sebanyak 75 pe­ratus daripada 31 juta penduduk negara ini memilih hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan berbanding hanya 25 peratus yang memilih hospital swasta.
Ketika ini Malaysia mempunyai 143 buah hospital kerajaan de­ngan 41,389 buah katil manakala 183 buah hospital swasta dengan 12,000 katil.

Selasa, 8 November 2016

Kiraan harga Petrol /Diesel

Cara Pengiraan Harga Petrol

Sebelum ini saya ada menulis cara pengiraan harga petrol dalam Bahasa Inggeris di sini.

Di atas permintaan ramai, saya akan menulis pengiraan harga petrol mengikut mekanisma apungan terkawal yang ditetapkan kerajaan dalam Bahasa Melayu supaya lebih ramai dapat mengetahui dan memahami bagaimana kerajaan menetapkan harga petrol setiap bulan.

Selepas kejatuhan minyak mendadak pada pertengahan 2014 dari sekitar $110 setiap tong kepada $40 setong, kerajaan membuat keputusan untuk tidak lagi memberi subsidi ke atas jualan petrol dan diesel di stesen-stesen minyak.

Sebelum itu kerajaan menetapkan harga jualan runcit petrol dan diesel di pam-pam minyak pada harga tetap dan tidak berubah mengikut harga minyak antarabangsa.

Selepas November 2014 kerajaan menetapkan bahawa harga runcit petrol dan diesel akan berubah setiap bulan mengikut harga pasaran minyak antarabangsa sebelumnya. 

Bererti harga petrol dan diesel akan berubah setiap akhir bulan; jika harga minyak antarabangsa naik pada bulan sebelumnya, harga runcit petrol dan diesel akan naik juga dan jika harga minyak antarabangsa turun pada bulan sebelumnya, harga runcit petrol dan diesel akan turun.

Saya akan menerangkan bagaimana harga RON95 ditetapkan setiap bulan kerana saya percaya bahawa kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan RON95  dan saya juga percaya bahawa sesiapa sahaja yang mampu mengisi tangki kenderaan mereka dengan RON97 tidak risau tentang perubahan harga petrol setiap bulan.

Harga runcit petrol dan diesel di Malaysia ditetapkan menggunakan mekanisme yang dipanggil Automatic Pricing Mechanism (APM) yang digunakan oleh kerajaan sejak 1983:
Mekanisme Penetapan Harga Runcit Petrol dan Diesel di Malaysia

Ada 6 komponen dibawah APM yang perlu dikira sebelum kerajaan menetapkan harga RON95 bagi sesuatu bulan iaitu kos produk, kadar tukaran matawang asing Ringgit - US Dollar, alpha, kos operasi, margin syarikat minyak dan margin pengusaha stesen minyak.

Kos Produk adalah harga minyak yang telah diproses daripada minyak mentah iaitu produk petroleum seperti petrol yang diisi di dalam tangki minyak kenderaan anda. Di Malaysia (dan kebanyakan negara Asia lain) kita menggunakan penanda aras dari Singapore yang dipanggil Means of Platts Singapore (MOPS) untuk mengira harga RON95 setiap bulan. Data MOPS diterbitkan setiap hari oleh syarikat pengeluar data McGraw Hill dan hanya boleh diakses oleh sesiapa yang melanggan sahaja.

Tukaran matawang asing adalah kadar tukaran antara Ringgit Malaysia dan US Dollar (USD/MYR) untuk menukar harga MOPS dalam USD kepada Ringgit. Saya tidak pasti kerajaan menggunakan kadar tukaran yang mana satu tetapi saya menggunakan kadar tukaran yang tercatat di dalam laman webBank Negara Malaysia setiap hari.

Alpha adalah perbezaan di antara harga MOPS yang diterbitkan dan harga sebenar produk RON95 yang dibeli syarikat minyak yang ditetapkan pada kadar 5 sen setiap liter.

Kos Operasi termasuk kos pengangkutan dan pemasaran syarikat minyak yang ditetapkan pada 9.54 sen setiap liter.

Margin Keuntungan Syarikat Minyak ditetapkan pada 5 sen setiap liter.

Margin Keuntungan Pengusaha Stesen Minyak dijamin dan ditetapkan pada 12.19 sen setiap liter.

Kos produk dan kadar tukaran USD-MYR adalah kos berubah-ubah yang berubah setiap hari mengikut pasaran manakala alpha, kos operasi, margin syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak adalah kos tetap yang ditetapkan kerajaan.

Jumlah kos tetap = Alpha (5 sen) + Kos Operasi (9.54 sen) + Margin Keuntungan Syarikat Minyak (5 sen) + Margin Keuntungan Pengusaha Stesen Minyak (12.19 sen) = 31.73 sen setiap liter = 32 sen (selepas dibundarkan).

Harga MOPS95 pada 31 Oktober 2016 = $62.028 setiap tong dan kadar tukaran USD-MYR = 4.1960.

Pertama kita perlu menukar harga MOPS95 daripada USD/tong kepada Ringgit/liter; 1 tong minyak = 158.99 liter.

MOPS95 setiap liter = 62.028/158.99 = $0.39

Kemudian kita menukar MOPS95 seliter dalam USD kepada Ringgit Malaysia = 0.39 * 4.1960 = RM1.64 (dibundarkan).

Akhirnya kita tambahkan kos tetap 32 sen yang ditetapkan kerajaan untuk mendapatkan harga akhir RON95 pada 31 Oktober 2016:

RON95 seliter =  RM1.64 + RM0.32 = RM1.96 

Harga RON95 seliter pada 31 Oktober 2016 adalah RM1.96 manakala harga runcit RON95 yang ditetapkan kerajaan bagi Oktober adalah RM1.80 bererti harga runcit yang kita bayar adalah lebih rendah daripada harga sebenar RON95 di dalam pasaran.

Bagi bulan November, kerajaan menaikkan harga RON95 sebanyak 15 sen kepada RM1.95 seliter daripada RM1.80 bagi bulan Oktober.

Bagaimana kerajaan membuat pengiraan dan menetapkan bahawa harga RON95 dinaikkan sebanyak 15 sen?

Di bawah mekanisme apungan terkawal, kerajaan menetapkan harga petrol dan diesel SETIAP bulan mengikut purata harga bulan sebelumnya.

Harga RON95 setiap hari sepanjang bulan akan dikira dan dibahagikan kepada hari yang terdapat dalam bulan tersebut (tidak termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum).

Oleh kerana data MOPS tidak diterbitkan untuk orang awam dan hanya tersedia untuk mereka yang melanggan sahaja, saya akan melampirkan harga MOPS95 (dapat dari keluarga) untuk tujuan menunjukkan bagaimana kerajaan mengira dan menetapkan harga minyak setiap bulan.

Walaubagaimanapun jika anda ingin memantau pergerakan MOPS95 anda boleh ke laman web Australian Institute of Petroleumyang menunjukkan carta pergerakan MOPS95 (tiada harga spesifik cuma pergerakan harga).

Di bawah adalah harga MOPS95 dan RON95 yang sudah pun dikira untuk anda semua bagi Ogos 2016:

Harga MOPS95 dan RON95, Ogos 2016

Seperti yang anda boleh lihat harga runcit RON95 ditetapkan pada RM1.75 seliter dan pada hujung bulan Ogos purata harga RON95 adalah RM1.69 seliter.

Pada 31 Ogos 2016 kerajaan menetapkan harga RON95 bagi bulan September pada RM1.70 iaitu turun 5 sen seliter bersesuaian dengan purata harga RON95 bulan Ogos iaitu RM1.69 seliter. 

Mari kita lihat harga MOPS95 dan RON95 sepanjang September 2016 dan mengapa kerajaan meningkat harga RON95 sebanyak 10 sen pada 30 September 2016:

Harga MOPS95 dan RON95, September 2016

Purata harga RON95 bagi bulan September 2016 adalah RM1.82 seliter jika dibandingkan dengan harga runcit RM1.70 liter yang ditetapkan kerajaan pada 31 Ogos 2016.

Pada 30 September 2016 kerajaan menetapkan harga RON95 pada RM1.80 seliter naik sejumlah 10 sen seliter bersesuaian dengan purata harga RON95 September iaitu RM1.82 seliter.

Akhir sekali mari kita lihat harga MOPS95 dan RON95 sepanjang bulan Oktober dan memahami kenapa kerajaan menaikkan harga RON95 sebanyak 15 sen seliter beberapa hari yang lepas:

Harga MOPS95 dan RON95, Oktober 2016

Purata harga RON95 bagi September 2016 adalah RM1.98/liter berbanding RM1.80 harga runcit yang ditetapkan kerajaan pada 30 September 2016.

Sekali lagi bersesuaian dengan purata harga bulan sebelumnya (RM1.98) kerajaan menaikkan harga RON95 sebanyak 15 sen daripada RM1.80 bagi bulan ini (November).

Dengan pengiraan di atas saya harap semakin banyak yang membaca tulisan saya akan faham bagaimana kerajaan menetapkan harga minyak setiap bulan.

Jika ada yang mengatakan bahawa Malaysia adalah negara pengeluar dan pengeksport minyak dan kerajaan harus memberi subsidi petrol dan diesel kepada rakyat Malaysia, mereka perlu mengetahui bahawa Malaysia hanyalah pengeskport bersih minyak mentah (eksport lebih daripada import) dan Malaysia adalah pengimport bersih produk petroleum yang telah diproses (import lebih daripada eksport).

Bermaksud penggunaan petrol, diesel, kerosene dan pelbagai produk petroleum di Malaysia adalah lebih daripada pengeluaran yang dibuat Malaysia:


Eksport dan Import Minyak Mentah dan Produk Petroleum: METS Online

Lagipun Malaysia hanyalah pengeluar petroleum ke-25 terbesar di dunia yang mengeluarkan minyak 740 ribu tong setiap hari berbanding Saudi (11.9 juta tong sehari), UAE (3.4 juta tong sehari) dan Qatar (2 juta tong sehari).

Setiap bulan bila kerajaan menetapkan harga petrol dan diesel pasti ada yang akan menggunakan carta minyak mentah WTI iaitu minyak mentah yang digunakan sebagai penanda aras harga minyak di Amerika Syarikat walaupun penggunaan carta WTI adalah tidak tepat.

Faktor penentuan harga minyak bergantung kepada kos berubah-ubah seperti harga kos produk MOPS dan juga kos tetap yang saya terangkan di atas.

Kita juga mesti ingat bahawa selain faktor harga minyak mentah, tukaran matawang asing juga menjadi faktor ke atas pengiraan harga minyak setiap bulan.

Walaubagaimanapun bulan lepas, harga minyak dinaikkan sebanyak 15 sen bukanlah kerana Ringgit yang jatuh tetapi kerana harga kos produk MOPS95 yang secara puratanya meningkat.

Di dalam Facebook saya ada menjawab tentang kenyataan YB Rafizi Ramli bahawa harga RON95 dinaikkan 15 sen kerana Ringgit yang jatuh.

Saya harap dengan tulisan saya sedikit sebanyak dapat membantu anda semua memahami bagaimana kerajaan menetapkan harga petrol dan diesel setiap hujung bulan.

Setiap hujung bulan boleh lah kita bersedia dan tidak terkejut dengan kenaikan atau penurunan harga petrol dan diesel yang ditetapkan kerajaan.

Jumaat, 14 Oktober 2016

Tuntut hutang dengan Mahkamah

Satu lagi kes yang selalu di tanya kepada saya adalah berkaitan tuntutan hutang yang jumlahnya kurang dari RM5000.00 Kebiasaannya hutang antara kawan-kawan dan saudara mara.

Kadang bagi tangan saja, tiada bukti apa-apa, mungkin ada saksi mata yang nampak serahan duit berlaku.

Ok, jika anda individu (syarikat lain), yang ingin menuntut hutang kurang dari jumlah RM5,000 secara saman mahkamah, anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan peguam.

Anda boleh saman dia secara persendirian. Caranya:

1. Pergilah ke mana-mana Mahkamah Majistret terdekat dengan rumah anda.

2. Cari kaunter pertanyaan mahkamah

3. Kalau kerani tu baru lepas make-up, tunggu dia selfie dulu

4. Selepas itu baru tanya dia “Cik adik, kat mana saya boleh dapatkan borang SAMAN TUNTUTAN KECIL?”

5. Selepas itu isi borang itu dan ikutlah arahan pada borang itu.

6. Selepas itu daftarkan borang dengan membayar RM 30

7. Selepas itu poskan salinan saman itu pada sepupu anda tersebut (jangan viral di Facebook pula). Pos daftar tahu, untuk membuktikan saman telah diposkan

8. Selepas itu tunggu tarikh perbicaraan.

9. Selepas itu masa hari perbicaraan, cakap depan Majistret macam ini:

“Dengan izin tuan, saya dah failkan saman tuntutan kecil ini pada sekian-sekian hari bulan dan saman tu telah diposkan kepada defendan pada sekian-sekian hari bulan. Hari ni, defendan tak hadir maka saya memohon penghakiman ke atas defendan”

10. Majistret sebelum bagi penghakiman akan minta pengesahan kad pengenalan, bank-in slip atau akuan pemberian wang secara serahan tangan.

11. Lepas tu Majistret akan jatuhkan tukul besi kata okay, PENGHAKIMAN INGKAR DIBERIKAN!

12. Kalau defendan hadir pun lagi cantik, Majistret akan sekolahkan dia dulu sebelum ketuk tukul itu atas kepala dia

SEKIAN TERIMA KASIH.

Selasa, 11 Oktober 2016

Hutang dan Blacklist

Datinaishah posted on 24-10-2014 06:55 PM
Tank u.. Satu solan nak Tanya.. Adakah saya leh lepas sebab saya ni penjamin 16 taun Sudah.. Pemin ...

Kalau hutang tu dah lebih 10 tahun,biasanya dah blh dianggap hutang lapuk, biasanya bank takkan ambil kira lagi sebagai hutang tertunggak.. Tapi tak taula kalau bank masih tak tutup kes dan akaun pinjaman tu sbb tempoh pinjaman masih ada.. Bank rakyat dulu blh bg pinjaman selama 20 tahun kan.. Ni utk pinjaman peribadi laa..

utk rekod blacklist, blh check ctos samada ke kaunter di pejabat ctos atau dengam cara online (selfcheck), anda juga blh jgk check dgn insolvensi,byr rm12 samada di myeg atau ke kaunter.. Rekod ccris,hya blh disemak oleh pihak bank,tp saya x pasti smada kita sendiri blh tya bank negara atau tak utk mengetahui rekod kita..cubalah tanya..

Hutang tu rm14 ribu sahaja, tak sampai rm30 ribu keatas, jd, kes ni x boleh dijatuhkan sbagai kes bangkrap.. Soal anda dihubungi oleh lawyer melalui telefon utk sita barang, setahu saya, pihak lawyer hya akan hntr surat notis atas arahan client dia (iaitu bank).. Itupun biasanya selepas beberapa surat tuntutan byrn oleh bank dihantar kpd peminjam, bila peminjam ingkar, surat dr lawyer menyusul.. 

pihak bank dan pihak lawyer buknlah org yg brtggungjawab utk sita brg atau rumah atau harta anda.. Melainkan atas arahan mahkamah,itupun jika anda dijatuhkan hukuman bangkrap.. 

Adakah 16 tahun lepas anda dijatuhkan hukuman bangkrap? Sebab kadar kebangkrapan dulu berbeza dgn sekarang,dimana dulu,mgkin pinjaman sbyk rm14k blh dijtuhkan bangkrap jika tidak dilunaskan,berbndg skrg,rm30k ke atas.. Itupun, setahu saya,prosedur kebangkrapan ni memakan masa,bukan blh terus jatuh hukum.. 

saya percaya,yang hubungi anda ugut untuk sita tu bukanlah lawyer atau bank tetapi pemungut hutang atau debt collector.. Itu mmg mereka dibayar oleh pihak bank utk dapatkan jumlah tertunggak dr peminjam.. Atau jumlah keseluruhan..bila kita bayar,diorang akan dapat komisen,tapi diorang memang takde hak utk sita barang atau harta anda..

So skrg ni,jika nak tau rekod blacklist, sila buat langkah2 diatas (mula2 saya syorkan tu) utk tgk rekod anda mcmana..

Satu soalan saya, adakah dlm tempoh 16 tahun ni anda tak pernah buat sebarang pinjaman? Jika ada,adakah lulus? 

Harap jawapan saya membantu..

Rabu, 28 September 2016

Berniaga

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 30hb Oktober ini! Klik di sini sekarang!
Dalam perniagaan pastinya perlu menjual produk atau perkhidmatan. Kalau tak menjual, bagaimana pula hendak mendapat keuntungan. Namun apa yang kita jual, adakalanya tidak dibeli oleh pelanggan. Tambahan pula bagi mereka yang lebih banyak mendapat ‘rejection’ dari pelanggan berbanding dengan belian pastinya satu pengalaman berniaga yang amat menjatuhkan semangat kita.
3 tak nak beli
Amat sukar menjalankan perniagaan bila ramai yang tidak mahu membeli dari kita tak kira apa yang kita jual. Berikut adalah 3 sebab mengapa kita tidak mendapat jualan dan bagaimana menanganinya.

1. Mereka tak perlukan apa yang anda jual!

Pastikan apabila menjual, anda mendapat sasaran pasaran yang betul. Menjual sesuatu kepada mereka yang tidak memerlukan produk atau perkhidmatan anda adalah sekadar buang masa. Bukan sahaja itu, kalau dipaksa-paksa beli juga, dan nanti mereka tidak menggunakan produk atau perkhidmatan anda, nanti lebih tinggi aduan dan pelanggan yang tidak berpuas hati.
Ingat bahawa tidak semua orang memerlukan produk atau perkhidmatan anda. Tidak kira betapa hebat produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan, sekiranya ianya tidak diperlukan, maka mereka tidak akan membeli juga. Fahami bahawa dalam perniagaan, JAUH LEBIH RAMAI orang yang tidak memerlukan apa yang anda jual berbanding dengan mereka yang memerlukan.
Tugas anda sebagai usahawan yang hebat adalah mencari sasaran pasaran yang paling tepat sekali yang memerlukan apa yang anda tawarkan. Kemudian, keputusan membeli semakin mudah…

2. Mereka takut keputusan yang salah!

Pernah tak terlihat keadaan ini. Mungkin juga anda mengalaminya sendiri. Apabila seorang jurujual cuba menjual sesuatu, kemudian prospek tersebut memberi alasan
“Nanti saya perlu tanya pada isteri (atau suami) terlebih dahulu”
Pastinya pernah bukan? Kalau tidak seperti diatas pun, pastinya ada juga alasan lain yang menunda-nundakan belian.
Keadaan ini berlaku kerana mereka takut keputusan belian mereka adalah keputusan yang salah dan memerlukan pandangan pasangan atau orang lain. Perkara ini sering terjadi mungkin kerana pengalaman mereka sebelum ini dalam membuat keputusan belian yang salah. Fahami perasaan prospek anda dan cuba cari dengan bertanyakan soalan apa yang membuatkan mereka tidak membeli atau menundakan belian.
Dengan mengetahui apa masalah atau isu yang dihadapi, lebih mudah anda sebagai usahawan dapat membantu dalam merungkaikan ketakutan itu. Caranya adalah dengan bertanya!

3. Mereka tidak yakin dan percaya pada anda!

Keyakinan dan kepercayaan perlu dibina. Lebih-lebih lagi sekiranya produk dan perkhidmatan anda berharga tinggi. Adakah anda akan membeli sesuatu barangan yang murah dari seseorang yang anda tidak percayai? Pastinya TIDAK. Apatah lagi barangan yang mahal.
Kepercayaan dan keyakinan orang ramai pada hari ini sukar untuk dibina dengan hanya mengiklankan perniagaan anda. Membuat iklan sana sini boleh mendedahkan perniagaan anda kepada orang ramai. Tetapi, oleh kerana terlalu banyak iklan kini, pengiklanan masih belum dapat menjanjikan kepercayaan dan kredibiliti pelanggan.
Apa yang penting untuk usahawan adalan membina hubungan bersama prospek. Soalan mudah. Adakah anda lebih mudah membeli dari rakan anda produk X atau anda lebih mudah membeli dari seseorang yang baru sahaja anda temui?
Tentunya lebih mudah membeli dari seorang rakan oleh kerana kepercayaan dan kredibiliti telah dibina mungkin beberapa lamanya.
Dalam perniagaan zaman ini, gunakan media sosial untuk membina hubungan dengan prospek dan orang ramai. Hubungan ini akan menciptakan kepercayaan dan kredibiliti untuk memudahkan pelanggan membeli dari anda!
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, Program yang akan membantu anda dalam mendapatkan prospek dan pelanggan yang lebih ramai untuk apa sahaja penriagaan yang anda jalankan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Sekiranya anda berada jauh dari Kuala Lumpur, anda juga boleh mengikuti program ini secara 100% online. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
ontable

Sabtu, 24 September 2016

Cili termahal dunia

Cili termahal dunia kini dijual RM140,250 sekilogram CHARAPITA, cili paling mahal di dunia berharga dari AS$34,000 (RM140,250) sekilogram. - Sumber asiaone VIENNA: Petani Austria dari kampung Frauenkirchen kini mula menuai 'Charapita', cili paling mahal di dunia berharga dari AS$34,000 (RM140,250) sekilogram. Charapita adalah cili kecil berwarna kuning yang berasal dari kawasan utara Peru. "Jika dibandingkan dengan rempah ratus lain, ia adalah sangat sangat pedas. Tidak digalakkan merasa atau memakannya secara segar. Sebaliknya ia lebih enak selepas dikeringkan dan menjadi bahan utama masakan seperti sup ayam. Kanak-kanak juga boleh memakannya," kata petani, Priska Stekovicz Katanya cili ini sangat unik kerana memerlukan iklim yang sangat panas dan limpahan kasih sayang untuk tumbuh subur. Suami Pariska, Erich Stekovicz, berkata beliau mendapat tahu bahawa ia adalah ibu segala cili dan hanya tumbuh meliar di dalam hutan berhampiran dengan pokok-pokok. Seperti safron dan vanila, Charapita tergolong dalam kumpulan rempah yang paling mahal di dunia. Walaupun Charapita agak baru di pasaran Eropah, ia mula meraih populariti meluas kerana rasanya yang menarik dan luar biasa dalam kalangan chef terkemuka di seluruh restoran mewah. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/195629

Jumaat, 23 September 2016

Internet

Nak layari internet terbaik dengan percuma 10GB setiap bulan? Sudah pasti korang boleh akses pelbagai video menarik di Facebook , youtube, permainan video online dan banyak lagi secara percuma hanya dengan Xpax Turbo je! Apa yang best, korang boleh guna internet ini secara percuma dari pukul 1 pagi hingga 7 pagi tau! Woow hebatnya! Ya, hanya dengan Xpax Turbo, korang akan dapat lagi 10 GB internet Burung Hantu secara percuma setiap bulan
Dah tak perlu risau dengan pakej internet yang murah dan berpatutan , semua tu korang boleh dapat dengan Xpax Turbo terbaru daripada Celcom!
Lima Pelan Internet yang boleh dilanggani adalah pelan 3 hari/ RM5 (300MB), pelan mingguan RM10 (1.5GB), manakala pelan Bulanan RM30 (4GB), RM50/ (9GB) dan RM80 (15GB)
Ehh bukan tu je tau! Pengguna juga ditawarkan oleh pelan internet Xpax Turbo termasuk muzik tanpa had secara PERCUMA dengan Yonder Music dan PERCUMA Internet Asas untuk aplikasi seperti Whatsapp, WeChat dan Facebook Messenger. Internet Asas tidak dikenakan sebarang caj internet.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Xpax Turbo <pautan ke
http://www.xpax.com.my/xpaxturbo?
gclid=CM_fpYWE984CFcoTaAod7gwDEQ>
*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm

Percutian

Pakej Percutian
Batam Indonesia
3 hari 2 malam RM600seorang
Harga Termasuk
-pangangkutan Ipoh-Johor Bahru-Ipoh
-pengangkutan di Batam
-penginapan hotel
-tiket feri (Johor-Batam-Johor)
-kapasiti 36-40 orang)
Sila hubungi Qhaila
Call/whatapps  6012 5514900
Email  armin_akbar@hotmail.com
http://www.arminakbar.com.my/
https://www.facebook.com/jomelancong

Selasa, 20 September 2016

Doa Majlis

------------------------------------------------------------------------------------

بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم ، إِنَّكَ الْبَرُّ الْجَوَادُ الْكَرِيْم .

Ya Allah, Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkalaulah yang memiliki segala pemerintahan, di tangan Engkau segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan.

اَللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا رَحِيْم ..

Cucurilah rahmat dan rahimMu ke atas majlis

                                            (Sebutkan majlis anda di sini)                                           

yang diadakan pada hari Ini. Berkatilah ia dari awal hingga akhirnya.

يَا فَعَّالُ لِمَا يُرِيْد..

Kami juga memohon perlindungan daripada Mu dari segala perkara yang boleh mencacat celakan majlis kami dan daripada segala perkara yang melalaikan kami dari berbuat taat kepada Mu. Kepada Mu jua kami serah segala urusan kami.

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَاِلَيْكَ اَنَبْنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْر. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم،
 وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن .


------------------------------------------------------------------------------------

Panduan Berdoa

panduan ketika membaca doa


GARIS PANDUAN TATACARA MEMBACA DOA DI MAJLIS-MAJLIS
RASMI DAN SEPARUH RASMI KERAJAAN 


1. TUJUAN 


Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada pihak-pihak yang
terlibat menganjurkan sesuatu Majlis Rasmi dan Majlis Separuh Rasmi
yang melibatkan bacaan doa.

2. PENDAHULUAN 

Doa adalah satu ibadat. Ia merupakan satu tanda kerendahan hamba
terhadap Allah S.W.T. Ia boleh dilakukan secara individu atau
berkumpulan. Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan  ikhlas,
khusyuk, tertib penuh tawadu’ dan mesti dilakukan dengan cara yang
sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan
sebagai satu budaya atau adat. Doa merupakan satu cara  hidup yang
diajar oleh Rasulullah S.A.W.
Sebagai satu ibadah, doa hendaklah dilakukan di tempat yang betul,
masa yang sesuai dan suasana yang baik. Garis Panduan doa ini adalah
bagi bacaan doa secara berkumpulan atau beramai-ramai yang dilakukan
dalam mana-mana majlis atau upacara rasmi atau separuh rasmi di
negara ini.

3. RASIONAL 


Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) memperuntukkan bahawa agama
Islam adalah Agama Bagi Persekutuan. Oleh itu amalan membaca doa
dalam Majlis-majlis Rasmi dan Separuh Rasmi Kerajaan adalah suatu amalan yang suci dan murni sesuai dengan kedudukan agama Islam di
negara ini


4. TAKRIF 

4.1.           MAJLIS RASMI

Majlis Rasmi adalah suatu majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

4.2.           MAJLIS SEPARUH RASMI

Majlis Separuh Rasmi adalah majlis yang dianjurkan selain dari
kerajaan tetapi dihadiri oleh para pembesar atau pemimpin negara,
sama ada di peringkat negeri atau persekutuan (negara).

4.3            DOA

Doa ialah satu ucapan permohonan iaitu memohon dari hamba
(manusia) kepada Allah dengan hati yang ikhlas bagi mendapat
rahmat, inayah (pertolongan) dan juga bagi dijauhkan dari bala’
bencana dengan cara dan adab yang tertentu.

5. TARAF PEMBACA DOA  

5.1              Pembaca doa bagi majlis di peringkat persekutuan yang dihadiri
oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, doa hendaklah
dibaca oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan atau
Timbalan Mufti.

5.2              Pembaca doa bagi majlis di peringkat negeri yang dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Raja, doa hendaklah dibaca oleh
Sahibus Samahah Mufti Negeri atau Timbalan Mufti atau amalan
yang biasa diguna pakai oleh negeri tersebut.

5.3              Bagi majlis-majlis lain, pembaca doa boleh dilantik daripada
kalangan mereka yang layak, seperti mana dalam para 6 di bawah.

6. KRITERIA PEMBACA DOA 


6.1                Pembaca doa seelok-eloknya seorang lelaki dan beragama Islam,    
boleh menyebut perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu dan
Arab dengan tepat, fasih dan betul.

6.2                 Pembaca doa seboleh-bolehnya individu yang mempunyai akhlak
dan sahksiah yang baik yang tidak dipertikai oleh pendengar dan
masyarakat.

6.3                 Pembaca doa mestilah mengetahui kesesuaian doa yang dibaca
bagi satu-satu majlis yang diadakan.

7.   TATACARA DAN ADAB-ADAB MEMBACA DOA 


7.1                 Pembaca doa hendaklah datang ke majlis lebih awal sebelum
majlis dimulakan.

7.2                 Pembaca doa hendaklah mempastikan dimana tempat bacaan
doa.

7.3              Sebelum memulakan doa, pembaca doa hendaklah memberi
tanda hormat kepada tetamu khas dan lain-lain tetamu yang hadir.7.4             Pembaca doa hendaklah mengangkat tangan ketika berdoa.

7.5              Pembaca doa hendaklah membaca dengan nada suara yang
sesuai dengan maksud ayat di samping suara yang jelas, tidak
terlalu laju dan hendaklah dibaca dengan khusyuk serta tawadu’.

7.6              Tidak digalakkan pembaca doa membalikkan tangan taktala
memohon tolak bala’.

8.  PAKAIAN

Pembaca doa hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian  dan jika
memakai pakaian kebangsaan hendaklah lengkap bersampin dan
bersongkok.

9.  TEKS DOA


9.1               Mukaddimah Doa Dan Penutup

i.  Permulaan doa hendaklah mengandungi lafaz,
   puji-pujian dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
ii.  Doa seelok-eloknya didahului dengan bacaan dalam
Bahasa Arab dan diikuti dengan doa dalam bahasa-bahasa
lain.
 iii. Pada bahagian akhir doa seelok-eloknya mengandungi
bacaan selawat dan Tahmid dalam Bahasa Arab.

9.2           Isi Kandungan Doa

i. Teks doa hendaklah mengandungi permohonan untuk
keselamatan, kesejahteraan umum dan diikuti dengan
permohonan doa secara khusus sesuai dengan majlis
berkenaan.
ii. Isi kandungan doa juga boleh diterjemah dalam Bahasa
Inggeris, Arab dan bahasa-bahasa lain, sesuai dengan
hadirin dan majlis tersebut.
iii. Teks doa setiap perenggan sebaik-baiknya disebut namanama Allah (    ) dan sifat-sifat Allah sesuai
dengan perkara yang dipohon seperti   (Yang Maha
Pemberi Rezeki) bagi doa untuk memohon rezeki.
iv. Sekiranya majlis yang dianjurkan dihadiri oleh Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong
sama ada sebagai perasmi majlis atau jemputan khas,
pembaca doa hendaklah menyebut secara khusus doa
kesejahteraan yang ditujukan kepada Baginda sendiri
sebagai satu penghormatan kepada pemimpin agama Islam
paling tinggi dalam negara.
v. Teks doa juga sewajarnya menyebut doa kesejahteraan
secara umum kepada pemimpin-pemimpin negara serta
ummah keseluruhannya.
vi. Teks doa tidak perlu menyebut perkataan-perkataan yang
boleh menimbulkan suasana tidak harmoni di kalangan
masyarakat dan negara.

9.3. Masa Pembacaan Doa

i. Masa berdoa bagi majlis rasmi atau separuh rasmi sebaikbaiknya    pada permulaan majlis tersebut. ii. Tempoh masa untuk membaca doa tidak melebihi 5 minit.

9.4   Tempat Majlis Berdoa

i. Hendaklah di tempat perhimpunan yang bertujuan untuk
kebaikan dan bersesuaian dengan ajaran Islam.

ii. Tempat yang tidak mencemarkan kesucian agama Islam.

9.5 Tempat Pembaca Doa

i.   Penganjur hendaklah menyediakan tempat duduk yang
sesuai untuk pembaca doa.
ii.  Tempat bacaan doa hendaklah di atas pentas (jika ada
pentas).
 
10. PENUTUP

Buku Panduan Membaca Doa Dalam Majlis Rasmi Dan Separuh Rasmi
ini diharap dapat dijadikan rujukan panduan kepada pembaca-pembaca
doa khususnya dan penganjur program rasmi dan separuh rasmi amnya.
Buku ini juga dapat membantu dan membimbing kepada semua lapisan
masyarakat apabila berdoa mudah-mudahan ianya lebih berkualiti dan
seragam diseluruh Negara.




 

Selasa, 30 Ogos 2016

Felda Jengka (nama bunga )

1. Felda Anggerik Jengka 1 2. Felda Cempaka Jengka 2 3. Felda Dahlia Jengka 3 4. Felda Cempaka Jengka 4 5. Felda Kekwa Jengka 5 6. Felda Keembong Jengka 6 7. Felda Kenanga Jengka 7 8. Felda Kesidang Jengka 8 9. Felda Kesumba Jengka 9 10. Felda Mawar Jengka 10 11. Felda Melati Jengka 11 12. Felda Melor Jengka 12 13. Felda Puteri Malu Jengka 13 14. Felda Raya Jengka 14 15. Felda Semarak Jengka 15 16. Felda Sena Jengka 16 17. Felda Seri Pagi Jengka 17 18. Felda Seroja Jengka 18 19. Felda Siantan Jengka 19 20. Felda Tanjong Jengka 20 21. Felda Teratai Jengka 21 Bagus juga maktubkan nama-nama bunga yang berbeza bagi mewakili jengka masing-masing. Aku Jengka 21, so bunga TERATAI merupakan bunga tema kampungku walaupun nak cari bunga teratai kat Jengka 21 susah. Apa yang penting, kekalkan kehijaun kampung masing-masing. 

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Isnin, 29 Ogos 2016

Ketering


MESIN- yang saya gunakan untuk masakan…


Assallamualaikum ..
Yang sangat saya hormati kepada anda semua yang sudi menziarahi ke laman Petua saya ..Ye lah namanya pun Petua Bonda..maksudnya orang TUA BANYAK PENGALAMAN.. Apa saja kebaikan dan perkara yang memudahkan dalam pengalaman dalam kehidupan saya sejak muda sehingga kini akan saya muatkan dalam ruangan ini.
Sekiranya ada kebaikan petua saya ini dan boleh membantu anda , saya lah orang yang paling gembira kerana sebagai manusia kadang-kadang kita perlukan pengalaman dan ilmu orang lain sebagai ikhtiar. Melawati blog saya yang masih awal lagi terlalu awal lagi pengisiannya mungkin dapat membantu kerja –kerja didapur lebih mudah. Yang pasti kesibukan berkerja bagi wanita masih mampu menguruskan keperluan keluarga lebih mudah..!! Mudah-mudahan Allah akan bantu saya untuk terus berkarya dan membantu anda dalam jihad kecil demi keluarga..
Petua memasak telah saya praktikan dan terbukti saya mampu menganjurkan majlis besar seramai 200 orang tanpa khidmat catering. Merancang masa dengan khidmat 3 orang pembantu rumah saya mampu membuat semua aneka masakan , kuih muih lengkap untuk sepanjang majlis dengan pelbagai variasi yang sangat lazat.. Meskipun sesibuk mana tugasan saya dipejabat namun saya mampu membuat kerja amal disamping bersenam semasa memasak..Skill yang saya gunakan hanyalah merancang masa dan menggunakan mesin tertentu yang sangat bagus. Kelebihan setiap mesin umpama tenaga manusia 5 orang..hebatkan ?? Mahal tapi sangat berbaloi . Ketahui bagaimana dan apakah yang saya perlukan merancang majlis  :
  • Mengenal pasti kedai pusat borong
  • Penjimatan dan memilih kualiti
  • Menyediakan asas periuk/bekas/pinggan mangkuk 4 hari sebelum majlis
  • Mixer Grinder – MX A6400 Panasonic – Made in India
  • Chopper – HR7625 Philips – made in China
  • Kmix Kenwood BLX50 Series
  • Pressure Cooker
  • 3 jenis Oven -
Bila kita tahu potensi masa dan skill merancang semua perkara akan jadi mudah..Kita mampu beri kegembiraan dan keseronokan pada orang yang makan masakan kita dan skill ini boleh juga mengasah bakat untuk kita membuka restoran atau katering..!!
Kelebihan Mesin yang saya gunakan :-
Mixer Grinder – MX A6400 Panasonic – Made in India
Mixer Grinder – MX A6400 Panasonic
Mixer Grinder – MX A6400 Panasonic

  1. Mesin ini dijual exklusif di India kerana masyarakat sana banyak mengunakan rempah
  2. Mesin ini sangat unik kerana ada 3 fungsi – Yang kecil untuk kering & rempah.
  3. Jika ingin mengisar beras, kekecang, semua jenis rempah ia sangat halus.
  4. Kualiti masakan lebih sedap
  5. Mesin no2 : membuat sambal belacan -sangat sedap-tak perlu air-hanya bahan asas
  6. Mesin No3 : mampu membuat teknik cili blender kisar halus bersama biji cili.
Chopper – HR7625 Philips – made in China
Chopper – HR7625 Philips
Chopper – HR7625 Philips
  1. Saya gunakan untuk memotong sayur atau membuat salad
  2. Sangat cepat menghiris bawang
  3. Sangat bagus menghancurkan daging untuk pizza atau inti karipap
  4. Mencincang daging untuk membuat mee/spagheti atau nasi goreng
Kmix Kenwood BLX50 Series
Kmix Kenwood BLX50 Series
Kmix Kenwood BLX50 Series
  1. Fungsi Ice Blended
  2. Cili kisar sangat halus
  3. Berbeza hasil kisarannya dengan blender biasa.
Pressure Cooker besar
Pressure Cooker besar
Pressure Cooker besar
  1. Merebus tulang lembu/ayam tua
  2. Hasilnya sangat sedap dan cepat lembut
  3. Cantik dan mudah utk jamuan yang besar
  4. Sesuai untuk membuat Mee kari dan bakso
  5. Jimat dan kemas
Oven Plus Mesin Buat Roti
  1. Mesin unik ini menjimatkan masa
  2. Menguli roti sehingga siap proses masak
  3. Tuang ikut sukatan dan boleh setting masa untuk masak

Oven Besar Biasa
  1. Mudah untuk bakar roti yang banyak
  2. Membuat biskut dan kek yang banyak
  3. Memudahkan untuk majlis dan jamuan keluarga
Oven kecil
  1. Khas untuk memanggang ikan
  2. Khas untuk sangai buat kerisik dan bahan kuih
  3. Mengeringkan ikan masin dan ikan bilis yang lembab
Oven unik menggunakan air
  1. Cepat menaikan roti – khas utk proff
  2. Kek lebih cantik
  3. Rasa jauh lebih sedap
  4. Mengunakan system setting computer
Di rumah saya ada 5 buah oven kesemuanya.. sebagai mengisi masa lapang..  EMAS & BERLIAN mahal-mahal xde.. oven2 je ada … jemput datang rumah nak rasa kuih saya.. kalah.. chef wan …!!