Selasa, 8 September 2015

wang hilang

Sebuah dana pelaburan kerajaan Abu Dhabi mendakwa bayaran AS$1.4 bilion (RM6.02 bilion) daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada salah satu anak syarikatnya kini hilang, lapor The Wall Street Journal hari ini.

International Petroleum Investment Co (Ipic), sebuah syarikat pelaburan United Arab Emirates (UAE), menjamin AS$3.5 bilion itu dalam bentuk bon, yang dikeluarkan 1MDB untuk membiayai pembelian loji kuasa pada 2012.

Sebagai balasan, Ipic mempunyai pilihan membeli 49% kepentingan dalam loji kuasa itu serta cagaran bagi bon itu.

Memetik draf laporan Ketua Audit Negara, WSJ mendedahkan dalam artikel atas talian itu, 1MDB membuat bayaran cagaran sebanyak AS$1.4 bilion kepada Aabar Investments PJS, anak syarikat Ipic.

Penyata kewangan yang disatukan Ipic bagaimanapun, tidak menunjukkan sebarang rujukan kepada penerimaan bayaran itu.

Memetik sumber, WSJ berkata baik Ipic ataupun Aabar tidak menerima wang itu dan tidak tahu ke mana ia menghilang.

Dakwaan kehilangan AS$1.4 bilion muncul pada saat yang sensitif dari segi politik bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan dan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, yang dalam pemerhatian kerana menerima RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah. Wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya menjelang pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

1MDB, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan, juga di bawah penelitian selepas mengumpul RM42 bilion hutang sejak ia mula beroperasi pada 2009, dan juga atas urus niaga meragukan.

Abu Dhabi kini cuba memutuskan hubungan dengan 1MDB, kata WSJ, dan menyusun semula Ipic yang menyediakan dana kepada syarikat pelaburan negara Malaysia itu.

Jurnal perniagaan itu berkata, urusan antara UAE dan Malaysia "menyerlahkan situasi yang jarang berlaku dalam dana negara, yang meningkat dengan ketara dari segi saiznya dan disokong kerajaan yang kaya tetapi sering kurang ketelusan".

Pada 2 Julai, WSJ melaporkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan di kalangan beberapa agensi kerajaan, bank dan entiti berkaitan 1MDB dan akhirnya berakhir di akaun peribadi Najib menerusi 5 deposit berasingan.

Najib menafikan menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadi tetapi skandal tersebut menyebabkan masalah politik dan ekonomi.

Lebih 200,000 penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 4 pada hujung Ogos lalu, menuntut penyingkiran Najib, manakala nilai ringgit jatuh kepada paras terendah dalam tempoh 17 tahun, mencecah 4.33 kepada dolar semalam lapor The Malaysian Insider

Rabu, 2 September 2015

emas

 
Asalamualaikum dan salam sejahtera semua. Emas merupakan salah satu barang yang berharga yang sering dipakai sebagai hiasan bagi kebanyakan orang. Pada entri ini ingin saya kongsikan beberapa jenis-jenis emas.

Berikut adalah jenis-jenis emas yang kita boleh dapati di pasaran pada masa kini.
 
Emas 999 - Mempunyai ketulenan sebanyak 99.9 peratus, juga dikenali dengan nama emas 10 serta emas 24 karat. Emas ini tidak dicampur dengan bahan lain. Kebanyakan dari emas ini boleh didapati dalam bentuk bar ataupun " goldbar"
Emas 950 - Emas ini mempunyai ketulenan sebanyak 95.0 peratus dan 5 peratus daripadanya adalah campuran daripada bahan lain seperti aluminium, besi  dan bahan-bahan lain. Emas ini juga dikenali sebagai emas 23 karat.
Emas 916 - Emas ini mempunyai ketulenan sebanyak 91.6 peratus dan bahan lainya adalah campuran daripada logam-logam lain. Emas ini juga dikenali sebagai emas 22 karat.
Emas 835 - Emas yang mempunyai ketulenan sebanyak 83.5 peratus yang mana campuran lainya merupakan capuran daripada logam yang lain. Dikenali juga sebagai emas 20 karat.
Emas 750 - 25 peratus dari emas ini adalah campuran daripada logam lain. Emas ini mempunyai ketulenan sebanyak 75 peratus dan emas ini juga dikenali sbagai emas 18 karat.
Itulah serba sedikit  jenis-jenis emas yang saya kongsikan pada entri ini. Pelaburan emas sememangnya baik kerana nilainya yang tinggi dan emas sering dikaitkan dengan barang yang berharga. 
Baca juga entri saya yang lainya di link ini ~mediaokofee~. Sekian.
  http://medi4