Ahad, 20 April 2014

Posted: 20 Apr 2014 09:00 PM PDT
 
Susah hendak dapatkan vitamin? Anda jangan risau sebab vitamin ada di rumah anda sendiri. Tidak percaya? Cuba anda pergi ke dapur. Di dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin. Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin.




Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya, di bawah 10 senarai makanan yang boleh menggantikan vitamin

Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.

 Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.


Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.

Nanas - vitamin A, B, dan C.


Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.

Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.

 Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.
Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan lain merupakan sumber vitamin yang baik untuk kesihatan. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin yang tersendiri dan boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya. 
 panduan-tips-petua.blogspot
Posted: 20 Apr 2014 08:00 PM PDT
Bagi kebanyakan dari kita, kopi telah menjadi bagian yang sangat penting dalam kehidupan baik saat bangun pagi maupun saat bekerja. Tapi seperti yang telah diketahui, kopi atau tepatnya kafein adalah hal yang harus dihindari. Jadi sebenarnya dalam satu hari berapa banyak cangkir kopi yang boleh kita minum?

Apa yang Dapat Dilakukan Kopi Terhadap Kita?

  

Sebenarnya yang ingin kita bahas adalah dampak dari kafein dalam kopi. Tapi sebelum kita membicarakan mengenai hal ini, tentunya secara sekilas kita akan membahas mengenai apa itu kafein. Kafein sendiri adalah sebuah senyawa organik yang dapat ditemukan di daun, biji, atau buah dari tumbuh-tumbuhan.



Senyawa organik tersebut sebenarnya dihasilkan untuk melawan predator, namun untuk manusia hal itu malah akan menyebabkan kondisi sementara akan keterjagaan dan konsentrasi yang lebih baik. Kenyataannya, kafein adalah obat-obatan psikologi yang paling banyak dikonsumsi di dunia dan mereka dapat ditemukan di teh, minuman berenergi, coklat, dan yang paling umum adalah kopi. Sayangnya, meminum terlalu banyak kafein ternyata terbukti dapat meningkatkan resiko kematian.


Secara singkat, kafein dapat menyebabkan darah tinggi, sakit kepala, dehidrasi, dan ketagihan. Karena inti dari artikel ini adalah terkait berapa banyak kopi yang boleh kita minum maka dampak lebih lanjut dari kopi dapat dilihat lebih lanjut pada artikel sebelumnya yakni Bagaimana Bir dan Kopi Dapat Mempengaruhi Anda.

Jadi Berapa banyak Kopi Yang Boleh Kita Minum Dalam Satu Hari?

Berapa banyak kopi yang boleh kita minum dalam satu hari?
Seabgai catatant, Dalam satu cangkir kecil kopi ada sekitar 60 hingga 120 mg kafein tergantung dari bagaimana ia diracik. Sedangkan rekor dosis yang pernah diminum seseorang adalah 100 g, ya gram, bukan miligram. 100 g itu setara dengan sekitar 1,200 cangkir kopi, namun tentunya mengkonsumsi kopi sebanyak itu berbahaya bagi siapapun.


Kafein sendiri memiliki pengaruh yang berbeda-beda terhadap setiap orang, tergantung dari faktor gender, umur, berat tubuh, metabolisme, ketahanan dan banyak lainnya. Namun yang paling disarankan adalah kurang dari 4 cangkir dalam satu hari, dan lebih sedikit lagi jika umur Anda di atas 55 tahun, memiliki darah tinggi, penyakit jantung, atau sedang hamil. Sedangkan mengkonsumsi kafein lebih dari 600 mg (sekitar 7 cangkir) dalam satu hari sangat tidak disarankan.
Posted: 20 Apr 2014 07:00 PM PDT
Salah tetap salah. Munculnya watak ‘perampas’ sememangnya paling ditakuti semua pihak baik lelaki mahupun wanita. Sama ada masih bercinta, bertunang ataupun yang sudah mendirikan rumah tangga. Memang sesebuah perhubungan itu bagaikan satu pengembaraan penuh cabaran. Kiri kanan penuh onak ranjau yang menyakitkan. Sama ada ke hutan mahupun lautan, semuanya perlu diredah bersama.


Justeru semakin jauh berjalan atau semakin dalam kita di dasar, maka semakin banyaklah pengalaman akan ditemui. Biarpun bertemu ‘kepahitan’ di awalnya tetapi yakinlah kemanisan yang diimpikan pasti ada. Bercinta sekadar sebulan masih mampu diterima, tetapi jika sudah mempunyai tiga anak dan berkahwin lebih 10 tahun akhirnya bertemu jalan buntu, akur dengan kehendak pasangan yang pulang lewat dengan kesan ‘orang ketiga’, itu bukan sesuatu yang kelakar.

Khas Untuk Isteri Teraniaya: Teknik Bersaing Dengan Perampas Suami Orang





Jika dahulu, curang sering dituding kepada suami, tetapi sekarang isteri pun sudah berani main kayu tiga. Baru sedikit diduga, sudah berminat mencari yang ‘baru’. Sebelum melakukannya, timbang-timbanglah dengan baik agar rumahtangga kekal bahagia selama-lamanya. Tetapi adakah kita mahu terus memegang salah pasangan kita yang dikatakan curang dengan menerima kunjungan si perampas itu? Jangan menyimpan dendam dan ingat akan kebajikan orang sekeliling khususnya mereka yang sudah pun dikurniakan anak.

Kenapa perempuan lain di luar sana selalu menghukum wanita bernama Wan Sakinah, Fasha Sandha, Noniswara, Neelofa, Siti Nurhaliza (sekadar menyebut beberapa nama sebagai contoh) sebagai perampas? Kenyataannya, isteri perlu cermin diri sendiri dulu sebelum menuduh orang lain sesuka hati.

Mari lihat lihat bagaiman ‘merampas’ semula suami kita.

1. Tenangkan diri, jangan menangis

Peringatan kepada mangsa, hentikan tangisan yang sibuk meratapi nasib diri, bangkit dan cari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Jika dilihat, perkahwinan orang lama kebanyakannya bertahan hingga ke hujung nyawa. Pasti ramai yang tertanya bagaimana mereka dapat kekalkan keharmonian itu. Rahsianya mudah saja, gunakan ranjang sebagai penyelesaian setiap konflik yang berlaku. Tidak dinafikan ada hati terluka sebaik mengetahui pasangan bermain kayu tiga, tetapi cuba ‘pulangkan’ kemarahan itu dengan memberi satu `pertarungan’ menarik di ranjang. Jadikan diri anda yang paling hebat dan menakluk kembali hatinya daripada dimiliki orang lain.

2. Imbas kenangan manis masa lalu

Kepada yang belum berkahwin, cari keserasian semula dengan melakukan sesuatu yang si dia suka, ingatkan memorinya mengenai kasih sayang yang pernah kamu berdua lalui. Kata orang bertepuk sebelah tangan tidakkan berbunyi. Kerana itu apabila mengetahui pasangan berlaku curang, usah segera menyalahkan pihak ketiga. Bersabar dan jangan cepat melatah. Fikirkan jalan terbaik untuk selesaikan dan bukannya menambah masalah.

3. Belai manja sambil memuji suami

Cari masa yang sesuai untuk berbincang dengan pasangan yang membuat ‘najis’. Seboleh-bolehnya mulakan dengan pujian dan urutan yang melegakan. Jangan sekali-sekali memaksa sekiranya dia tidak mengaku kerana itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Fitrah lelaki sentiasa ingin dibelai. Jika mereka yang menimbulkan masalah, maka gunakan senjata itu untuk memenangi hatinya semula. Biarpun ada perasaan terkilan di hati, tetapi cubalah lupakan seketika demi menyelamatkan rumah tangga. Mungkin apa yang anda berikan selama ini bukan seperti yang diinginkan. Cerminlah diri dan betulkan kesilapan. Selepas itu mulakan hari esok dengan episod kehidupan yang baru.

4. Fokus pada keluarga dan anak-anak

Fokus pada rumah tangga dan berikan perhatian sepenuhnya kepada perhubungan anda. Kehadiran orang ketiga banyak dikaitkan dengan masalah komitmen dalam perhubungan. Sama ada wanita mahupun si lelaki, kebanyakannya lebih mementingkan kerjaya dan diri sendiri.
Kekurangan komitmen membuatkan pasangan merasa diri tidak diperlukan lantas mencari ‘sumber’ untuk meluahkan perasaan. Dari situlah timbulnya bibit-bibit perkenalan yang melarat ke hubungan percintaan. Menyedari hal yang terjadi, maka fokus pada perkahwinan dan perhubungan anda. Kerja memang perlu tetapi jangan keterlaluan kerana harta dan kekayaan tidak pernah cukup apabila dicari.

5. Cuba perbaiki diri sendiri

Timbang dan betulkan kesilapan diri. Pasangan jarang memberitahu atau mengaku mengenai hubungan sulitnya. Jadi berkemungkinan anda mengetahuinya mengenai maklumat yang disampaikan atau melihat dengan mata kepala sendiri secara kebetulan atau intipan. Selepas melihat kelebihan ‘pesaing’ maka cubalah sedaya upaya untuk tandingi kemampuannya. Tidak mustahil ada yang mengambil jalan singkat dengan bertemu bomoh, tetapi dalam masalah ini anda adalah penawar yang mampu memulihkan semula keadaan. Berhias dan layan pasangan sebaiknya. Jangan sekali-sekali bertanya apa kurangnya anda berbanding ‘teman istimewanya’ kerana itu hanya akan melukakan hati dan melunturkan semangat untuk memulihkan keadaan.

Cuba teknik ini, ia bukan jaminan menyelesaikan konflik anda kerana setiap masalah berlainan ceritanya. Tapi setidak-tidaknya, selesaikan dan selamatkan dulu perhubungan anda. Usah biarkan dugaan yang datang sebentar itu merosakkan seumur hidup impian anda dengan si dia.
Cubalah untuk setia.

Sumber : Sirap Lima menerui terbakor
Posted: 20 Apr 2014 06:00 PM PDT

Ayaturrahman Fi Jihadi Syria, menjadi kisah yang berkali-kali diceritakan para ulama Syria kepada Pasukan Wartawan Bersatu ( JITU ) di tengah-tengah Muktamar Ulama Syria yang di Turki pada 11 hingga 12/4/2014 lalu. Kisah pertama diceritakan pejuang asal Idlib, berhama Hasan. Dia datang ke Muktamar untuk menemani ayahnya, seorang ulama. 

Hasan bercerita, sebuah pesawat tentera Syria berlegar di udara untuk menyerang kampung-kampung kaum muslimin. Penduduk dan pejuang yang tidak mempunyai senjata canggih hanya boleh bertawakal kepada Allah. Mereka berdoa agar bom-bom tersebut tidak mencederakan mereka. Akhirnya mereka sepakat untuk bertakbir sekuat-kuatnya ketika bom-bom itu dimuntahkan dari udara. 
 

Ketika bom tersebut jatuh ke tanah, bom itu gagal meletup. Begitu juga ketika bom kedua jatuh. Muntahan roket dari langit itu terhempas bak bola api yang bersedia memusnahkan kampung mereka. Penduduk dan pejuang kembali bermunajat kepada Allah selepas bertakbir. Luar biasa, lagi-lagi bom itu gagal meletup. Menariknya, hal ini terus berlaku hingga berkali-kali. Hingga saat bom terakhir dilepaskan, tiba-tiba saja bom itu boleh meletup. "ketika itu para penduduk dan pejuang tidak bertakbir," kata Hasan. 

Cerita lain lahir dari penjelasan Anggota Ikatan Ulama Homs, Syeikh Anas Ahmad Suwaid. Di awal revolusi, beliau dan pejuang pernah bertakbir secara serentak di bandar Homs untuk melawan kuasa rejim. Tiba-tiba saja takbir mereka disambut dengan petir-petir yang menyambar mengarah ke tentera-tentera rejim." Banyak sekali telefon yang masuk kepada kami, "lihatlah ke langit, lihatlah ke langit". Subhanallah, seakan-akan petir bertakbir bersama kita. Inilah salah satu karamah yang saya saksikan sendiri dengan kedua mata saya" ujarnya. 

Kisah lain terjadi pada salah seorang mujahid. Ketika berada dalam keadaan parah, mujahid itu ditahan oleh rejim. Dalam tahanan itu, dia harus menghadapi soal siasat dengan pelbagai soalan. Salah satu soalan dari pihak rejim adalah kehairanan mereka berkaitan sejumlah pasukan berwarna putih yang tidak mampu dilumpuhkan tentera Bashar." Siapakah mereka? Ketika kami tembak, mereka tidak merasakan apa-apa!" Tanya tentera rejim. Si mujahid itu lalu menjawab" Demi Allah, tidak ada seorang pun dari kami yang memakai baju putih." Syeikh Anas tersenyum lalu berkata kepada pasukan JITU, "Mereka adalah para malaikat. Seperti apa yang difirmankan oleh Allah ta'ala dalam surat Al Anfal ayat 12," tegasnya.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com
Posted: 20 Apr 2014 03:11 PM PDT
 
Penerbangan Malaysia Airlines yang menuju ke Bangalore, India, hari ini berpatah balik selepas mengalami kerosakan gear dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui Twitternya berkata penerbangan itu membuat pendaratan cemas pada pukul 1.56 pagI dan semua penumpang serta anak kapal selamat.

Beliau dalam perjalanan ke KLIA.


Penerbangan MH192 berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 malam tadi dengan 159 penumpang dan tujuh anak kapal, bagaimanapun pada 12.40 tengah malam, ia menghantar tweet sedang berpatah balik.

Dalam kenyataan media pada pukul 1.35 pagi, MAS berkata gear mendarat sebelah kanan pesawat itu rosak semasa berlepas dan pesawat itu dijangka membuat pendaratan cemas pada pukul 2 pagi.

"Penerbangan MH192, yang menggunakan pesawat B737-800, dijadual tiba di Bangalore pada pukul 11.35 malam hari yang sama (semalam).

"Penerbangan itu membawa sejumlah 166 orang termasuk 159 penumpang dan tujuh anak kapal," menurut MAS.

Insiden itu menarik perhatian global terutama daripada pengguna Internet yang memberi reaksi kepada tweet MAS berkenaan.

 
  
  


Kejadian penerbangan MAS berpatah balik ini berlaku tidak berapa lama daripada kejadian kehilangan penerbangan MAS Kuala Lumpur-Beijing MH370, pada 8 Mac. Penerbangan itu juga dilaporkan telah cuba berpatah balik.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 tengah malam ketika berada di Laut China Selatan. Ia dijadual mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama, 8 Mac.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian selepas diketahui kapal terbang itu melencong dari laluan, misi mencari digerakkan di sepanjang koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand serta koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Berikutan analisis terhadap data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 telah terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".


 
bernama/ omak kau

Posted: 20 Apr 2014 05:00 AM PDT


gambar hanya sekadar hiasan

Dunia bukan tempat untuk memenuhi kemahuan diri?  Kenapa??? -kerana dunia adalah tempat untuk kita bersabar daripada segala macam keinginan dan kemahuan diri. Di dunia adalah tempat di mana kita harus mengikuti dan mentaati segala perintah Allah SWT. Dan dunia bukanlah tempat untuk kita turuti segala tuntutan hawa nafsu. Dunia adalah tempat untuk kita tekan, benam dan lumpuhkan nafsu.




Jadi, bilakah masanya kemahuan diri ini akan terpenuhi dan dipenuhi? InsyaAllah, akan tiba jua masa yang kita nanti-nantikan tersebut. Cuma kena bersabarlah sedikit selagi mana kita masih berada di dunia.

Bukankah dunia ini penjara bagi orang-orang yang beriman? Tidak ada kebebasan yang hakiki untuk orang-orang yang beriman. Semuanya kena ikut segala jenis aturan yang telahpun di aturkan oleh Allah. Yakinlah dengan janji-janji Allah walaupun hasilnya tidak kelihatan. Didik diri kita yang degil ini supaya mudah untuk taat perintah Allah. Moga Allah bagi taufiq dan hidayah untuk kita beramal. InsyaAllah..
kum-pun.blogspot.
Posted: 20 Apr 2014 02:30 AM PDT
Cili atau lada merupakan sejenis tumbuhan yang sering digunakan dalam masakan sebagai rempah yang berfungsi untuk memberikan rasa pada makanan dan memanaskan badan..Tetapi, tahukah anda terdapat sejenis spesies cili baru yang terpedas di dunia? Kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..
 

Sehingga baru-baru ini, spesies cili Trinidad Moruga Scorpion dikenali sebagai cili yan terpedas di dunia. Tetapi, menurut rekod Guinness Book of World Records pada bulan lalu, spesies lada baru yang dikenali sebagai Carolina Reaper yang telah ditanam oleh Ed Currie, seorang pengusaha di PuckerButt Lada Co. di South Carolina telah dinobatkan sebagai cili terpedas di dunia.
 

Kadar kepedasan purata cili ini adalah dalam lingkungan 1,569,300 unit Scoville (unit haba), seperti yang di uji oleh Winthrop University di South Carolina, kata pihak Guinness.

Walaubagaimana pun, menurut pihak Associated Press, kuasa kepedasan tertinggi dalam kumpulan cili yang di uji ini telah diberi kod yang dinamakan "HP22B", yang bermaksud "Higher Power, Pot No. 22, Plant B" yang mana ia mencecah sebanyak 2.2 juta unit Scoville.

Pada tahun lepas, Institut Tanaman Lada Chile di New Mexico State University telah menobatkan cili spesies Trinidad Moruga Scorpion sebagai cili paling pedas di dunia, dengan kepedasan minimum sebanyak 1.2 juta unit Scoville manakala kepedasan maximum individu sebanyak 2 juta unit Scoville. Kini, rekod berkenaan telah beralih kepada tumbuhan cili baru ini.


sumber open minda

Selasa, 15 April 2014

Bantuan Kematian KWSP

Posted: 15 Apr 2014 08:53 PM PDT
PERHATIAN kepada semua yang mempunyai akaun KWSP!

Kebanyakkan dari kita apabila mula bekerja di mohon supaya mengisi borang KWSP.

Tetapi tahu kah kita apa baiknya untuk kita. Disini ingin dimaklumkan kepada semua ahli KWSP bahawa Bantuan Kematian sebanyak RM2,500 akan dibayar kepada waris ahli sebagai tanda simpati bagi meringankan beban kewangan mereka.

Bagaimanapun, bayaran ini dibayar hanya sekali dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Warganegara Malaysia. 

Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian. 

Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.

Bantuan Kematian dibayar kepada waris ahli apabila permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dan akan dimaklumkan kepada waris

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu akan perkara ini.

Ini mungkin kerana KWSP tidak pernah memberitahu kepada UMUM. Namun kepada mereka yang banyak membaca dan mengambil tahu, pasti akan tahu wujudnya pembahagian ini.

Walau bagaimana pun pasti ada yang TIDAK TAHU.

Maka ini untuk semua ya.

Maka setelah mengetahui maklumat ini, mohon sebarkan kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan jiran tertangga, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk memberitahu mereka untuk menuntut RM2500 apabila salah seorang dari keluarga mereka meninggal dunia kerana KWSP akan membayar RM2500 itu atas dasar ehsan.

sumber dan maklumat lanjut :
http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/207297/borang_kematian_-_utama__mei_2012_.pdf

Khamis, 10 April 2014

Mubaahalah Ibnu Hajar Al`Asqalaniy

Mubaahalah Ibnu Hajar Al-‘Asqalaaniy tentang Kekafiran Ibnu ‘Arabiy Ash-Shuufiy


Al-Imaam Burhaanuddiin Al-Biqaa’iy rahimahullah berkata:
Telah menceritakan kepada kami Syaikh kami, Syaikhul-IslaamHaafidhul-‘AshrQaadli Al-Qudlaat, Abul-Fadhl Syhiaabuddiin Ahmad bin ‘Aliy bin Hajar Al-Kinaaniy Al-‘Asqalaaniy, Al-Mishriy Asy-Syaafi’iy; kemudian aku melihat adanya penukilan (peristiwa ini) dari kitab Al-Haafidh Taqiyyuddiin Al-Faasiy tentang pengkafiran Ibnu ‘Arabiy, dimana syaikh kami (Ibnu Hajar Al-‘Asqalaaniy) telah memperbaiki sebagian tulisannya dengan tangannya sendiri. Ia (Ibnu Hajar) berkata:
“Pada jaman pemerintahan Adh-Dhaahir Al-Burquuq, ada seseorang yang bernama Ibnul-Amiin yang sangat fanatik terhadap Ibnu ‘Arabiy, penulis kitab Al-Fushuush. Dan aku termasuk orang yang banyak menjelaskan aibnya, menampakkan kejelekan dan kejahatannya. Dan di Mesir waktu itu juga, terdapat seorang syaikh bernama Asy-Syaikh Shafaa, punya kedekatan dengan Adh-Dhaahir. Ibnul-Amiin mengancamku dengan melaporkanku kepadanya (Asy-Syaikh Shafaa) sehingga ia menyebutkan di hadapan sulthaan bahwa di Mesir ada sekelompok orang – aku diantaranya – yang membicarakan orang-orang shaalih dengan keburukan dan yang semisalnya. Pada waktu itu, banyak terjadi kedhaliman, musibah, dan kerugian yang amat sangat. Dan kebetulan waktu itu aku mempunyai harta, sehingga aku khawatir ia (sulthaan) akan menghukumku dan aku pun takut akan bencana yang ditimbulkan olehnya (kepadaku).
Aku berkata (kepada Ibnul-Amiin) : “Sesungguhnya di sini ada sesuatu yang lebih dekat  dari yang engkau inginkan. Yaitu sesuatu yang sebagian Huffaadh katakan sebagai ketetapan istiqraa’ ketika ada dua orang yang bermubahalah (saling mendoakan laknat Allah) atas sesuatu perkara, kemudian berlalu satu tahun bagi orang yang berada di atas kebathilan di antara mereka berdua. Maka marilah kita bermubahalah untuk mengetahui siapakah yang berada di atas kebenaran di antara kita dan siapa pula yang berada di atas kebathilan”. Maka aku dan dia bermubahalah. Aku katakan kepadanya : “Katakan : ‘Ya Allah, apabila Ibnu ‘Arabiy berada di atas kesesatan, maka laknatlah aku dengan laknat-Mu”. Lalu ia mengatakannya. Setelah itu aku berkata : “Ya Allah, seandainya Ibnu ‘Arabiy berada di atas petunjuk, maka laknatlah aku dengan laknat-Mu”. Kemudian kami berpisah.
Dulu ia tinggal di Raudlah. Salah seorang anak tentara pernah menjamunya. Karena satu alasan, ia meninggalkan mereka. Ia keluar di awal waktu malam, dan mereka pun keluar mengikutinya untuk mengawalnya. (Dalam perjalanan) ia merasakan sesuatu yang melintas di kakinya. Ia berkata kepada shahabat-shahabatnya : “Ada sesuatu yang halus melewati kakiku. Coba kalian periksa apakah itu”.
Mereka pun memeriksanya, namun tidak menemukan apapun. Ia meneruskan perjalanannya. Tidaklah ia sampai ke rumahnya, kecuali ia dalam keadaan buta. Dan tidaklah tiba waktu Shubuh, kecuali ia telah meninggal. Peristiwa itu terjadi pada bulan Dzulqa’dah tahun 797 H, sedangkan mubahalah dilakukan pada bulan Ramdlaan tahun tersebut. Sewaktu mubahalah terjadi, aku diberitahu oleh orang yang hadir bahwa orang yang berada di atas kebathilan dalam mubahalah tidak akan hidup lebih dari satu tahun (pasca mubahalah). Dan hal itu memang terjadi, segala puji bagi Allah. Aku pun merasa lega dari kejahatannya dan merasa aman dari perbuatan makarnya....”

[selesai – diambil dari kitab Tanbiihul-Ghabiy ilaa Takfiiriy Ibnil-‘Arabiy oleh Burhaanuddiin Al-Biqaa’iy, hal. 149-150, tahqiiq & ta’liiq : ‘Abdurrahmaan Al-Wakiil; Daarul-Kutub Al-‘Ilmiyyah, Cet. Thn. 1400 H – abul-jauzaa’, perumahan ciomas permai, ciapus, ciomas, bogor - 10061435/10042014 – 23:50].

Rabu, 9 April 2014

Senarai Kopi Beracun Di Sahkan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia


Posted: 08 Apr 2014 08:00 PM PDT
 Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor. Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Penting! Cara mengesan produk minuman dicampur racun




Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket. Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

Berikut adalah senarai kopi beracun. Ianya sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan dan dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang :-

1. Cafe Abang Yes,
2. Candi Gold,
3. Candy 193,
4. Extend Up Energy Drink,
5. Extremen,
6. Extrewomen,
7. Goji Guarana,
8. Goji Guarana Extra,
9. Goji More,
10. Goji Yumberry,
11. Guara Cafe,
12. HBW Ice Lemon Tea,
13. Hotton Vitality Candy,
14. Ie2 O,
15. King Cappucino,
16. Knight Cofee.
17. Kolek Cafe Power Plus,
18. Kopi Angguk,
19. Kopi Asmara,
20. Kopi Bagus AAA,
21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
22. Kopi Pahlawan,
23. Kopi Super Angguk,
24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
25. Maca Max,
26. Macagin Ginseng Candy,
27. Mentalk Candy,
28. Nexus MXP,
29. Night Cafe,
30. Red Energizer Candy For Men,
31. Royal Beverage Maqrifatun,
32. sasanergy Drink,
33. Trica Jus,
34. Tri-Max,
35. True SR,
36. vigor Candy,
37. Vitca-F,
38. Vitca-M,
39. Winnie Beauty V1,
40. XKL Sky Fruit Juice Premix.
41.CATUABA

Dengan adanya senarai ini, para penggemar kopi bolehlah menjadikannya sebagai rujukan. Ianya juga bagi mengelakkan kita dari terus menikmati air kopi mengandungi racun yang berbahaya !
 http://djkakpahkpoh.gomofm.org/