Rabu, 28 September 2016

Berniaga

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 30hb Oktober ini! Klik di sini sekarang!
Dalam perniagaan pastinya perlu menjual produk atau perkhidmatan. Kalau tak menjual, bagaimana pula hendak mendapat keuntungan. Namun apa yang kita jual, adakalanya tidak dibeli oleh pelanggan. Tambahan pula bagi mereka yang lebih banyak mendapat ‘rejection’ dari pelanggan berbanding dengan belian pastinya satu pengalaman berniaga yang amat menjatuhkan semangat kita.
3 tak nak beli
Amat sukar menjalankan perniagaan bila ramai yang tidak mahu membeli dari kita tak kira apa yang kita jual. Berikut adalah 3 sebab mengapa kita tidak mendapat jualan dan bagaimana menanganinya.

1. Mereka tak perlukan apa yang anda jual!

Pastikan apabila menjual, anda mendapat sasaran pasaran yang betul. Menjual sesuatu kepada mereka yang tidak memerlukan produk atau perkhidmatan anda adalah sekadar buang masa. Bukan sahaja itu, kalau dipaksa-paksa beli juga, dan nanti mereka tidak menggunakan produk atau perkhidmatan anda, nanti lebih tinggi aduan dan pelanggan yang tidak berpuas hati.
Ingat bahawa tidak semua orang memerlukan produk atau perkhidmatan anda. Tidak kira betapa hebat produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan, sekiranya ianya tidak diperlukan, maka mereka tidak akan membeli juga. Fahami bahawa dalam perniagaan, JAUH LEBIH RAMAI orang yang tidak memerlukan apa yang anda jual berbanding dengan mereka yang memerlukan.
Tugas anda sebagai usahawan yang hebat adalah mencari sasaran pasaran yang paling tepat sekali yang memerlukan apa yang anda tawarkan. Kemudian, keputusan membeli semakin mudah…

2. Mereka takut keputusan yang salah!

Pernah tak terlihat keadaan ini. Mungkin juga anda mengalaminya sendiri. Apabila seorang jurujual cuba menjual sesuatu, kemudian prospek tersebut memberi alasan
“Nanti saya perlu tanya pada isteri (atau suami) terlebih dahulu”
Pastinya pernah bukan? Kalau tidak seperti diatas pun, pastinya ada juga alasan lain yang menunda-nundakan belian.
Keadaan ini berlaku kerana mereka takut keputusan belian mereka adalah keputusan yang salah dan memerlukan pandangan pasangan atau orang lain. Perkara ini sering terjadi mungkin kerana pengalaman mereka sebelum ini dalam membuat keputusan belian yang salah. Fahami perasaan prospek anda dan cuba cari dengan bertanyakan soalan apa yang membuatkan mereka tidak membeli atau menundakan belian.
Dengan mengetahui apa masalah atau isu yang dihadapi, lebih mudah anda sebagai usahawan dapat membantu dalam merungkaikan ketakutan itu. Caranya adalah dengan bertanya!

3. Mereka tidak yakin dan percaya pada anda!

Keyakinan dan kepercayaan perlu dibina. Lebih-lebih lagi sekiranya produk dan perkhidmatan anda berharga tinggi. Adakah anda akan membeli sesuatu barangan yang murah dari seseorang yang anda tidak percayai? Pastinya TIDAK. Apatah lagi barangan yang mahal.
Kepercayaan dan keyakinan orang ramai pada hari ini sukar untuk dibina dengan hanya mengiklankan perniagaan anda. Membuat iklan sana sini boleh mendedahkan perniagaan anda kepada orang ramai. Tetapi, oleh kerana terlalu banyak iklan kini, pengiklanan masih belum dapat menjanjikan kepercayaan dan kredibiliti pelanggan.
Apa yang penting untuk usahawan adalan membina hubungan bersama prospek. Soalan mudah. Adakah anda lebih mudah membeli dari rakan anda produk X atau anda lebih mudah membeli dari seseorang yang baru sahaja anda temui?
Tentunya lebih mudah membeli dari seorang rakan oleh kerana kepercayaan dan kredibiliti telah dibina mungkin beberapa lamanya.
Dalam perniagaan zaman ini, gunakan media sosial untuk membina hubungan dengan prospek dan orang ramai. Hubungan ini akan menciptakan kepercayaan dan kredibiliti untuk memudahkan pelanggan membeli dari anda!
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, Program yang akan membantu anda dalam mendapatkan prospek dan pelanggan yang lebih ramai untuk apa sahaja penriagaan yang anda jalankan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Sekiranya anda berada jauh dari Kuala Lumpur, anda juga boleh mengikuti program ini secara 100% online. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
ontable

Sabtu, 24 September 2016

Cili termahal dunia

Cili termahal dunia kini dijual RM140,250 sekilogram CHARAPITA, cili paling mahal di dunia berharga dari AS$34,000 (RM140,250) sekilogram. - Sumber asiaone VIENNA: Petani Austria dari kampung Frauenkirchen kini mula menuai 'Charapita', cili paling mahal di dunia berharga dari AS$34,000 (RM140,250) sekilogram. Charapita adalah cili kecil berwarna kuning yang berasal dari kawasan utara Peru. "Jika dibandingkan dengan rempah ratus lain, ia adalah sangat sangat pedas. Tidak digalakkan merasa atau memakannya secara segar. Sebaliknya ia lebih enak selepas dikeringkan dan menjadi bahan utama masakan seperti sup ayam. Kanak-kanak juga boleh memakannya," kata petani, Priska Stekovicz Katanya cili ini sangat unik kerana memerlukan iklim yang sangat panas dan limpahan kasih sayang untuk tumbuh subur. Suami Pariska, Erich Stekovicz, berkata beliau mendapat tahu bahawa ia adalah ibu segala cili dan hanya tumbuh meliar di dalam hutan berhampiran dengan pokok-pokok. Seperti safron dan vanila, Charapita tergolong dalam kumpulan rempah yang paling mahal di dunia. Walaupun Charapita agak baru di pasaran Eropah, ia mula meraih populariti meluas kerana rasanya yang menarik dan luar biasa dalam kalangan chef terkemuka di seluruh restoran mewah. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/195629

Jumaat, 23 September 2016

Internet

Nak layari internet terbaik dengan percuma 10GB setiap bulan? Sudah pasti korang boleh akses pelbagai video menarik di Facebook , youtube, permainan video online dan banyak lagi secara percuma hanya dengan Xpax Turbo je! Apa yang best, korang boleh guna internet ini secara percuma dari pukul 1 pagi hingga 7 pagi tau! Woow hebatnya! Ya, hanya dengan Xpax Turbo, korang akan dapat lagi 10 GB internet Burung Hantu secara percuma setiap bulan
Dah tak perlu risau dengan pakej internet yang murah dan berpatutan , semua tu korang boleh dapat dengan Xpax Turbo terbaru daripada Celcom!
Lima Pelan Internet yang boleh dilanggani adalah pelan 3 hari/ RM5 (300MB), pelan mingguan RM10 (1.5GB), manakala pelan Bulanan RM30 (4GB), RM50/ (9GB) dan RM80 (15GB)
Ehh bukan tu je tau! Pengguna juga ditawarkan oleh pelan internet Xpax Turbo termasuk muzik tanpa had secara PERCUMA dengan Yonder Music dan PERCUMA Internet Asas untuk aplikasi seperti Whatsapp, WeChat dan Facebook Messenger. Internet Asas tidak dikenakan sebarang caj internet.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Xpax Turbo <pautan ke
http://www.xpax.com.my/xpaxturbo?
gclid=CM_fpYWE984CFcoTaAod7gwDEQ>
*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm

Percutian

Pakej Percutian
Batam Indonesia
3 hari 2 malam RM600seorang
Harga Termasuk
-pangangkutan Ipoh-Johor Bahru-Ipoh
-pengangkutan di Batam
-penginapan hotel
-tiket feri (Johor-Batam-Johor)
-kapasiti 36-40 orang)
Sila hubungi Qhaila
Call/whatapps  6012 5514900
Email  armin_akbar@hotmail.com
http://www.arminakbar.com.my/
https://www.facebook.com/jomelancong

Selasa, 20 September 2016

Doa Majlis

------------------------------------------------------------------------------------

بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم ، إِنَّكَ الْبَرُّ الْجَوَادُ الْكَرِيْم .

Ya Allah, Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkalaulah yang memiliki segala pemerintahan, di tangan Engkau segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan.

اَللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا رَحِيْم ..

Cucurilah rahmat dan rahimMu ke atas majlis

                                            (Sebutkan majlis anda di sini)                                           

yang diadakan pada hari Ini. Berkatilah ia dari awal hingga akhirnya.

يَا فَعَّالُ لِمَا يُرِيْد..

Kami juga memohon perlindungan daripada Mu dari segala perkara yang boleh mencacat celakan majlis kami dan daripada segala perkara yang melalaikan kami dari berbuat taat kepada Mu. Kepada Mu jua kami serah segala urusan kami.

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَاِلَيْكَ اَنَبْنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْر. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم،
 وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن .


------------------------------------------------------------------------------------

Panduan Berdoa

panduan ketika membaca doa


GARIS PANDUAN TATACARA MEMBACA DOA DI MAJLIS-MAJLIS
RASMI DAN SEPARUH RASMI KERAJAAN 


1. TUJUAN 


Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada pihak-pihak yang
terlibat menganjurkan sesuatu Majlis Rasmi dan Majlis Separuh Rasmi
yang melibatkan bacaan doa.

2. PENDAHULUAN 

Doa adalah satu ibadat. Ia merupakan satu tanda kerendahan hamba
terhadap Allah S.W.T. Ia boleh dilakukan secara individu atau
berkumpulan. Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan  ikhlas,
khusyuk, tertib penuh tawadu’ dan mesti dilakukan dengan cara yang
sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan
sebagai satu budaya atau adat. Doa merupakan satu cara  hidup yang
diajar oleh Rasulullah S.A.W.
Sebagai satu ibadah, doa hendaklah dilakukan di tempat yang betul,
masa yang sesuai dan suasana yang baik. Garis Panduan doa ini adalah
bagi bacaan doa secara berkumpulan atau beramai-ramai yang dilakukan
dalam mana-mana majlis atau upacara rasmi atau separuh rasmi di
negara ini.

3. RASIONAL 


Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) memperuntukkan bahawa agama
Islam adalah Agama Bagi Persekutuan. Oleh itu amalan membaca doa
dalam Majlis-majlis Rasmi dan Separuh Rasmi Kerajaan adalah suatu amalan yang suci dan murni sesuai dengan kedudukan agama Islam di
negara ini


4. TAKRIF 

4.1.           MAJLIS RASMI

Majlis Rasmi adalah suatu majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

4.2.           MAJLIS SEPARUH RASMI

Majlis Separuh Rasmi adalah majlis yang dianjurkan selain dari
kerajaan tetapi dihadiri oleh para pembesar atau pemimpin negara,
sama ada di peringkat negeri atau persekutuan (negara).

4.3            DOA

Doa ialah satu ucapan permohonan iaitu memohon dari hamba
(manusia) kepada Allah dengan hati yang ikhlas bagi mendapat
rahmat, inayah (pertolongan) dan juga bagi dijauhkan dari bala’
bencana dengan cara dan adab yang tertentu.

5. TARAF PEMBACA DOA  

5.1              Pembaca doa bagi majlis di peringkat persekutuan yang dihadiri
oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, doa hendaklah
dibaca oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan atau
Timbalan Mufti.

5.2              Pembaca doa bagi majlis di peringkat negeri yang dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Raja, doa hendaklah dibaca oleh
Sahibus Samahah Mufti Negeri atau Timbalan Mufti atau amalan
yang biasa diguna pakai oleh negeri tersebut.

5.3              Bagi majlis-majlis lain, pembaca doa boleh dilantik daripada
kalangan mereka yang layak, seperti mana dalam para 6 di bawah.

6. KRITERIA PEMBACA DOA 


6.1                Pembaca doa seelok-eloknya seorang lelaki dan beragama Islam,    
boleh menyebut perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu dan
Arab dengan tepat, fasih dan betul.

6.2                 Pembaca doa seboleh-bolehnya individu yang mempunyai akhlak
dan sahksiah yang baik yang tidak dipertikai oleh pendengar dan
masyarakat.

6.3                 Pembaca doa mestilah mengetahui kesesuaian doa yang dibaca
bagi satu-satu majlis yang diadakan.

7.   TATACARA DAN ADAB-ADAB MEMBACA DOA 


7.1                 Pembaca doa hendaklah datang ke majlis lebih awal sebelum
majlis dimulakan.

7.2                 Pembaca doa hendaklah mempastikan dimana tempat bacaan
doa.

7.3              Sebelum memulakan doa, pembaca doa hendaklah memberi
tanda hormat kepada tetamu khas dan lain-lain tetamu yang hadir.7.4             Pembaca doa hendaklah mengangkat tangan ketika berdoa.

7.5              Pembaca doa hendaklah membaca dengan nada suara yang
sesuai dengan maksud ayat di samping suara yang jelas, tidak
terlalu laju dan hendaklah dibaca dengan khusyuk serta tawadu’.

7.6              Tidak digalakkan pembaca doa membalikkan tangan taktala
memohon tolak bala’.

8.  PAKAIAN

Pembaca doa hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian  dan jika
memakai pakaian kebangsaan hendaklah lengkap bersampin dan
bersongkok.

9.  TEKS DOA


9.1               Mukaddimah Doa Dan Penutup

i.  Permulaan doa hendaklah mengandungi lafaz,
   puji-pujian dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
ii.  Doa seelok-eloknya didahului dengan bacaan dalam
Bahasa Arab dan diikuti dengan doa dalam bahasa-bahasa
lain.
 iii. Pada bahagian akhir doa seelok-eloknya mengandungi
bacaan selawat dan Tahmid dalam Bahasa Arab.

9.2           Isi Kandungan Doa

i. Teks doa hendaklah mengandungi permohonan untuk
keselamatan, kesejahteraan umum dan diikuti dengan
permohonan doa secara khusus sesuai dengan majlis
berkenaan.
ii. Isi kandungan doa juga boleh diterjemah dalam Bahasa
Inggeris, Arab dan bahasa-bahasa lain, sesuai dengan
hadirin dan majlis tersebut.
iii. Teks doa setiap perenggan sebaik-baiknya disebut namanama Allah (    ) dan sifat-sifat Allah sesuai
dengan perkara yang dipohon seperti   (Yang Maha
Pemberi Rezeki) bagi doa untuk memohon rezeki.
iv. Sekiranya majlis yang dianjurkan dihadiri oleh Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong
sama ada sebagai perasmi majlis atau jemputan khas,
pembaca doa hendaklah menyebut secara khusus doa
kesejahteraan yang ditujukan kepada Baginda sendiri
sebagai satu penghormatan kepada pemimpin agama Islam
paling tinggi dalam negara.
v. Teks doa juga sewajarnya menyebut doa kesejahteraan
secara umum kepada pemimpin-pemimpin negara serta
ummah keseluruhannya.
vi. Teks doa tidak perlu menyebut perkataan-perkataan yang
boleh menimbulkan suasana tidak harmoni di kalangan
masyarakat dan negara.

9.3. Masa Pembacaan Doa

i. Masa berdoa bagi majlis rasmi atau separuh rasmi sebaikbaiknya    pada permulaan majlis tersebut. ii. Tempoh masa untuk membaca doa tidak melebihi 5 minit.

9.4   Tempat Majlis Berdoa

i. Hendaklah di tempat perhimpunan yang bertujuan untuk
kebaikan dan bersesuaian dengan ajaran Islam.

ii. Tempat yang tidak mencemarkan kesucian agama Islam.

9.5 Tempat Pembaca Doa

i.   Penganjur hendaklah menyediakan tempat duduk yang
sesuai untuk pembaca doa.
ii.  Tempat bacaan doa hendaklah di atas pentas (jika ada
pentas).
 
10. PENUTUP

Buku Panduan Membaca Doa Dalam Majlis Rasmi Dan Separuh Rasmi
ini diharap dapat dijadikan rujukan panduan kepada pembaca-pembaca
doa khususnya dan penganjur program rasmi dan separuh rasmi amnya.
Buku ini juga dapat membantu dan membimbing kepada semua lapisan
masyarakat apabila berdoa mudah-mudahan ianya lebih berkualiti dan
seragam diseluruh Negara.