Kalau dulu ada arti " Sandang, Pangan, Papan ", sekarang sudah bertambah jadi " Sandang, Pangan, Papan serta Casan ". Mungkin itulah yg menggambarkan kehidupan dijaman sekarang ini.
Belum lama ini seorang hacker tehnologi mengadakan 2 demonstrasi yg kemungkinan belum pernah Anda lihat sebelumnya. Apel yg biasa Anda makan, ternyata mempunyai zat-zat penghantar listrik yg dapat bermanfaat sebagai powerbank dadakan, berikut tampilannya sesudah kabel dicolokan ke buat apel ini.
WOWWWW.... Handphone samsung android ini langsung tercharge, Tak percaya? Anda juga bisa mendemonstrasikannya dirumah, sekalian belajar ilmu fisika lagi yah, hehehe. |
Selasa, 24 November 2015
Power Bank
Selasa, 17 November 2015
ulama
"APA hujah kamu bahawa si fulan adalah seorang ulama?" Saya selalu tanya soalan ini kepada mereka yang terlalu taksub kepada satu individu.
Kalau mengikut Katolik Kristian, jawapannya mudah. Autoriti gereja di Vatican yang memberi tauliah kepadanya sebagai paderi dan pengampun dosa.
Dalam agama Buddha, sami tertinggi dalam Sangha yang mempunyai autoriti kata putus dalam menentukan darjat rohani seseorang. Adakah ini juga pandangan Islam?
"Betulkah dia seorang ulama?" Saya dituduh menghina ulama dengan hanya tanya soalan ini! Sebenarnya, soalan ini sangat penting kerana dua sebab:
Yang pertama, ia mengelakkan diri kita daripada taksub kepada seseorang yang dilabel ‘ulama’.
Yang pertama, ia mengelakkan diri kita daripada taksub kepada seseorang yang dilabel ‘ulama’.
Ia mengajak kita untuk bermuhasabah kembali pandangan kita mengenai indikator-indikator seorang ulama, dan tidak mengikut sahaja buta tuli.
Penilaian kita terhadap ulama mungkin salah. Kalau kita menolak persoalan ini, ia sebenarnya adalah indikator tahap taksub kita sendiri.
Yang kedua, soalan tersebut sebenarnya menguji sejauh mana kita faham perbezaan Islam dengan agama-agama lain. Adakah Islam juga menyuruh kita ikut sahaja jari telunjuk institusi birokrasi Islam atau autoriti-autoriti agama seperti Katolik Kristian dan Buddhisme?
Apakah hujah yang biasa digunakan untuk buktikan seseorang itu ulama?
Katakan hujahnya ialah "Dia adalah ulama kerana dia berjaya mendapat tauliah daripada birokrasi pentadbiran Islam." Kalau ini hujahnya, bagaimana kalau timbul persoalan sejauh mana birokrasi itu sendiri adil, tidak prejudis?
Birokrasi adalah di tadbir oleh individu-individu yang berkepentingan. Sejauh mana individu-individu ini tidak dipengaruhi oleh agenda politik atau taksub mana-mana aliran agama?
Katakan hujahnya ialah seseorang individu adalah ulama kerana dia mempunyai ijazah agama. Bagaimana kalau timbul persoalan sejauh mana ilmunya adalah seperti yang digambarkan oleh ijazahnya?
Kita tidak nampak prejudis seseorang melalui ijazahnya. Dia mungkin kuat hafalan, cerdik kumpul nota dan pandai menjawab soalan peperiksaan tetapi bersifat prejudis kepada kitab-kitab tertentu!
Katakan hujahnya pula ialah dia seorang ulama kerana dia ramai pengikut. Bagaimana kalau timbul persoalan bahawa ketua ajaran sesat juga mempunyai ramai pengikut yang sanggup berkorban harta dan nyawa deminya.
Katakan hujahnya ialah dia seorang ulama kerana mempunyai keramat seperti boleh lakukan perkara luar biasa dan halau hantu. Bagaimana kalau timbul persoalan bahawa al-Masih Dajjal pun boleh menghidupkan yang mati!
Katakan hujahnya ialah dia seorang ulama kerana berketurunan Nabi Muhammad SAW. Bagaimana kalau timbul persoalan bahawa Imam Bukhari bukan seorang Arab dan bukan keturunan Nabi?
Katakan hujahnya ialah dia seorang ulama kerana dia dilantik menjadi pengerusi sebuah persatuan ulama.
Bagaimana kalau timbul persoalan bahawa persatuan juga adalah satu daripada jenis birokrasi yang ditadbir oleh insan-insan yang mempunyai kepentingan peribadi? Setiap persatuan adalah dikawal dan disempitkan oleh aliran pemikiran persatuan itu.
Katakan hujahnya ialah dia seorang ulama kerana dia adalah presiden sebuah parti Islam. Bagaimana kalau timbul persoalan bahawa dia dipilih oleh ahli-ahli parti yang jahil ilmu agama!
Katakan pula bahawa dia adalah seorang ulama kerana berserban besar, pandai bernasyid, juara program realiti dakwah, wajahnya yang bercahaya iman, beristeri empat, doanya sentiasa di makbul dan kuburnya satu hari nanti pasti menjadi tempat tabarrok dan tawassul!
Adakah ini tanda pasti bahawa dia adalah seorang ulama yang sejati?
Bagi saya, penilaian ulama bergantung kepada kualiti diri kita sendiri. Kalau kita adalah seorang yang ego, tidak fikir secara mendalam hujah lawan, individu yang kita label sebagai ulama adalah cermin keegoan diri kita sendiri.
Mencari ulama sejati adalah pengembaraan mencari dan membina diri kita. Pengembaraan ini akan lebih membuka mata jika kita tidak taksub kepada penilaian sendiri.
Ya, kita bukan ulama. Tetapi jangan jadikan ia alasan untuk elak kaji semula penilaian kita. Kerana kita bukan ulamalah, maka ada kemungkinan individu yang kita anggap sebagai ulama selama ini adalah sebenarnya ular semak!
* Abdul Naser Tun Rahman
Ketua Biro Pendidikan Persatuan Cina Muslim (MACMA)
* Abdul Naser Tun Rahman
Ketua Biro Pendidikan Persatuan Cina Muslim (MACMA)
Sabtu, 14 November 2015
Rabu, 11 November 2015
dunia
Dalam dunia politik tidak ada sebuah parti yang boleh mengamankan fikiran dan menyakinkan ia akan membawa kehidupan sejahtera kalau pun tidak sampai ke akhirat cukuplah di dunia. Baik parti berdasarkan prinsip atau nilai hidup (agama), atau parti berdasarkan bangsa atau kebendaan (sekular). Semuanya sama sahaja.
MSO
MSO
Jumaat, 6 November 2015
zikir perdana
Dato'/Datin/Tuan/Puan/Cik/ Saudara/Saudari
atas keizinan Allah SWT, sehingga kini, senarai Ulama' yang akan hadir bersama kita di Majlis Zikir Perdana pada 7 November 2015 ini dan akan berarak adalah seperti berikut:
1. Malaysia
- sahibuh samahah Dato' Seri Dr Haji Abd Rahman Bin Haji Osman
- Dato' Hj Othman Bin Mustapha
- Ariff Billah Tuan Guru Abd Hamid(Pak Su Mid ) kedah
- Tuan Guru Dr Jahid Sidek
- Habib Husin Alwi Al-Attas
- TG Sheikh Abdul Raof
- Habib Ali Zainal Abidin
- Tun Sakaran Dandai
- Dato' Haji Mohd Murtadza Bin Haji Ahmad
- TG Syeikh Hj Mohammad Sabri
- Ustaz Dr Zamihan bin Mat Zin Al-ghari
- Maulana Wan Aswadi Mujaddidi DB
- Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al-Hamid
- Maulana Juhari
- Moulvi Othman
- Maulana Wan Helmi
- Ustaz Mohd Gunawan
- Prof Madya Dr Syed Hadzrullatfi Bin Syed Omar
- Dr Ahmad Najaa' Bin Mokhtar
- Dr Abdul Rahman Bin Mahmod
- Dr Mahyuddin Bin Ismail
- S.S Datuk Mohd Suhaili Said
- S.S Dato' Hj Yahya Bin Ahmad
- Hj Ahmad B Hj Tunggal
- Dato' Sheikh Harun Bin Sheikh Ismail
- sahibuh samahah Dato' Seri Dr Haji Abd Rahman Bin Haji Osman
- Dato' Hj Othman Bin Mustapha
- Ariff Billah Tuan Guru Abd Hamid(Pak Su Mid ) kedah
- Tuan Guru Dr Jahid Sidek
- Habib Husin Alwi Al-Attas
- TG Sheikh Abdul Raof
- Habib Ali Zainal Abidin
- Tun Sakaran Dandai
- Dato' Haji Mohd Murtadza Bin Haji Ahmad
- TG Syeikh Hj Mohammad Sabri
- Ustaz Dr Zamihan bin Mat Zin Al-ghari
- Maulana Wan Aswadi Mujaddidi DB
- Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al-Hamid
- Maulana Juhari
- Moulvi Othman
- Maulana Wan Helmi
- Ustaz Mohd Gunawan
- Prof Madya Dr Syed Hadzrullatfi Bin Syed Omar
- Dr Ahmad Najaa' Bin Mokhtar
- Dr Abdul Rahman Bin Mahmod
- Dr Mahyuddin Bin Ismail
- S.S Datuk Mohd Suhaili Said
- S.S Dato' Hj Yahya Bin Ahmad
- Hj Ahmad B Hj Tunggal
- Dato' Sheikh Harun Bin Sheikh Ismail
Dan para ulama lain
2. Indonesia
- Sheikh Rohimuddin Nawawi albantani
- Dr Kh Muhammad Dhiyauddin Khuswandi
- Dr Kh. Ahmad Fauzi Tidjani MA
- Dr. Kh. Hamdan Muin MA
- Kh. Moh. Shopandi Nawawi
- KH Mas'udi Busyeri
- Prof Dr. Abdul Hadi
- Dr Abdullah zaenal abidin
- Dr Hamdi Abdillah Husin
- Kh Nuril Anwar
- Dr Kh Muhammad Dhiyauddin Khuswandi
- Dr Kh. Ahmad Fauzi Tidjani MA
- Dr. Kh. Hamdan Muin MA
- Kh. Moh. Shopandi Nawawi
- KH Mas'udi Busyeri
- Prof Dr. Abdul Hadi
- Dr Abdullah zaenal abidin
- Dr Hamdi Abdillah Husin
- Kh Nuril Anwar
3. Patani
- Tn gr baba hj.Moohamad Hayeesama
- Tn gr hj.Gazali Uka-ah
- Tn gr hj.Dolloh Seniman
- Tn gr hj.Abdulloh More
- Tn gr hj.Ma Kuteh (p.Makmawi) nitanjung
- Sheikh Baba Hj. Abdul Karim Hj. Isa Al Fatoni
- Tn gr hj.Gazali Uka-ah
- Tn gr hj.Dolloh Seniman
- Tn gr hj.Abdulloh More
- Tn gr hj.Ma Kuteh (p.Makmawi) nitanjung
- Sheikh Baba Hj. Abdul Karim Hj. Isa Al Fatoni
4. Canada
- Sheikh Faisal Hamid Abdur Razak
- Sheikh Faisal Hamid Abdur Razak
5. USA
- Sayyid Subhani Mohammed Tajuddin
- Sayyid Subhani Mohammed Tajuddin
6. Turkey
- Assoc Prof Dr Dilaver Selvi
- Prof Dr Muhammad Hamza
- Fatih Capadag
- Ali Fiat Karaman
- Atil Yalcin
- Maulana Yakub Alarcin
- Assoc Prof Dr Dilaver Selvi
- Prof Dr Muhammad Hamza
- Fatih Capadag
- Ali Fiat Karaman
- Atil Yalcin
- Maulana Yakub Alarcin
7. Syria
- Sheikh Mahyuddin As-Syazzuli
- Sheikh Mahyuddin As-Syazzuli
8. Yaman
- Sheikh Samih Al Kuhaali
- Habib Musthofa Al Had an
- Sheikh Niyaz Hishomudin
- Dr Umar Baghus
- Sheikh Samih Al Kuhaali
- Habib Musthofa Al Had an
- Sheikh Niyaz Hishomudin
- Dr Umar Baghus
9. Bangladesh
- Maulana Muhammad Mujaddidi DB
- Maulana Muhammad Mujaddidi DB
10. Mesir
- Dr Ashraf Saad Al Masri
- Dr Ashraf Saad Al Masri
11. Singapura
- Ustaz Abu Zaki Yusof Al-Singafori
- Ustaz Abu Zaki Yusof Al-Singafori
Hadir bersama kami ke "Himpunan Ahli-Ahli Zikir terbesar di Malaysia."
#ZIKIRPERDANA
Masjid Putra, Putrajaya
7hb November 2015
5.00 ptg - 10.00 mlm
Masjid Putra, Putrajaya
7hb November 2015
5.00 ptg - 10.00 mlm
Terbuka untuk semua muslimin dan muslimat.
Sh Abd Kareem b Said Khadaied
SUA
PERTAMA
5 NOV 2015. 10pagi
SUA
PERTAMA
5 NOV 2015. 10pagi
Khamis, 22 Oktober 2015
Jumaat, 2 Oktober 2015
SSM e-Info.
JOHOR BAHRU 2 Okt. – Golongan peniaga dalam talian digalakkan mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sementelah suruhanjaya itu memudahkan lagi keperluan tersebut menerusi aplikasi telefon pintar, SSM e-Info.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin berkata, aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma buat masa ini itu turut membolehkan pengguna menyemak status syarikat sekali gus menggalakkan keyakinan terhadap produk keluaran peniaga dalam talian.
“Aplikasi melalui telefon pintar ini lebih memudahkan pengguna. Saya difahamkan kad sim berdaftar mencecah 40 juta, satu jumlah yang tinggi dan telefon pintar mencapai sembilan juta pengguna maka lebih mudah untuk peniaga dan pengguna.
“Ada peningkatan pendaftaran melalui aplikasi ini. Pendaftaran ini penting kerana rantaian pembekalan akan bertanyakan tentang status perniagaan yang dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) SSM di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, dekat sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang juga Pengerusi SSM, Datuk Seri Alias Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd. Wahab Fenner; Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad dan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nor Nekman Jaimon.
Menurut Hamzah, kegagalan mendaftar perniagaan boleh menyebabkan peniaga dalam talian dikenakan tindakan penalti RM50,000 dan RM100,000 untuk kesalahan kedua melalui Peraturan Pengguna (Urus Niaga Elektronik) 2012 selain Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
“Kita mahu situasi menang-menang, jangan kerana penguatkuasaan kita menyulitkan mereka yang berniaga cuma bila sampai masanya kita mahu tentukan tiada penipuan berlaku. Itu yang paling mustahak,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut mengingatkan syarikat yang belum membayar kompaun kerana kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 agar mengambil kesempatan diskaun sehingga Disember ini dan tidak menunggu sehingga saat akhir.
Ujar beliau, pihaknya menerima banyak aduan menyalahkan SSM pada hari akhir diskaun 80 peratus yang berakhir 30 September lalu sedangkan tiada rungutan sebelum tarikh tersebut.
“Kita masih ada diskaun 70 peratus untuk Oktober, 60 peratus pada November dan 50 peratus bagi Disember. Januari 2016 tiada diskaun. Jangan datang saat akhir dan buat pelbagai aduan,” tambahnya.
Langgan:
Catatan (Atom)
