Khamis, 2 Oktober 2014

BERIKUT DAKWAAN KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU YANG LENYAP DI PULAU PINANG :

1. Kg Permatang Tok Subuh
2. Kg Buah Pala 
3. Kg Pokok Assam,Jelutong 
4. Kg Dodol
5. Kg Binjal 
6. Kg Batu Uban 
7. Kg Tanjung Tokong 
8. Kg Bagan Dalam 
9. Kg Permatang Tepi Laut 
10.Batu Maung 
11.Kg Pulau Jelutong 
12.Kg Lima Kongsi,Sungai Bakap 
13. Kg Teluk Kumbar 
14.Kg Dalca 
15.Kg Sungai Nibong Kechil 
16.Kg Tengah Jelutong 
17.Kg Terang Balik Pulau 
18.Kg Genting,Balik Pulau 
19.Kg Pondok Upeh, Balik Pulau 
20.Kg Padang Benggali, Permatang Pauh 
21.Teluk Air Tawar 
22.Kg Gagah, Bagan 
23.Kg Nelayan, Teluk Kumbar 
24.Kg Selut Sg Pinang 
25.Kg Siam, Pulau Tikus.

Jumaat, 19 September 2014

Khasiat Daun Pandan

1. Menurunkan darah tinggi

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas
sahaja. Minum airnya.

2. Matikan kuman dalam darah

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

3. Melembutkan Daging

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

4. Melicinkan kulit

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

5. Mengecutkan rahim

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari

P/s : Selamat mencuba

Ahad, 14 September 2014

Tanda-tanda Kolesterol Tinggi Dalam Tubuh

Tanda-tanda Kolesterol Tinggi Dalam Tubuh

 

  

1. Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahu. Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan lenguh-lenguh sebagai gejala awal tanda kolesterol yang tinggi. Gejala ini muncul disebabkan oleh kekurangan oksigen. Gejala kolesterol tinggi yang biasa ialah berat di kepala tapi rasa sakitnya tidak tajam, hanya berat kepala sahaja.


2. Tanda kolesterol tinggi yang lain adalah cepat mengantuk, terutama bila kadar kolesterolnya sudah terlalu tinggi, contohnya trigliserida yang normal dibawah 200 mg atau 150 mg. Rasa cepat mengantuk ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengambilan oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang sempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolesterol.

3. Selain itu, jika sering merasa semut-semut. Kadang-kadang kesemutan juga boleh kerana darahnya agak pekat. Kadar kolesterol tinggi boleh menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi berkurang.

4. Gejala lain adalah terjadi timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi. Namun ini hanya terjadi pada sebahagian kecil orang sahaja.

5. Gejala kolesterol tinggi lain yang sering dirasakan adalah mudah merasa letih. Ini disebabkan ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koronari dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan-keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.

6. Tanda-tanda lainnya adalah sering sakit kepala. Ini terjadi disebabkan kolesterol yang tinggi dalam darah sehingga memuncak dan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuatkan arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

7. Gejala kolesterol tinggi dalam tubuh yang terakhir adalah kaki bengkak. Hal ini disebabkan ketika pembuluh darah menyempit dan aliran oksigen berkurang, maka yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki menjadi bengkak. Keadaan ini hampir sama dengan situasi ketika terlalu lama duduk dalam sesuatu perjalanan.
Jadi, jika anda menghadapi gejala atau tanda-tanda kolesterol tinggi dalam tubuh seperti yang disenaraikan diatas, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dan nasihat yang sepatutnya. Jangan dibiarkan kerana jika terlewat dirawat, berkemungkinan kita terdedah dengan risiko penyakit berbahaya.

Jaga kesihatan kita...   

Rabu, 20 Ogos 2014

rumah mesra raayat

Posted: 20 Aug 2014 01:41 AM PDT
Cara apply Rumah Mesra Rakyat (RMR) 1 Malaysia.

1. Wajib ada tanah sendiri
2. Pergi Syarikat Perumahan Negara Berhad(SPNB)
3. Ambil borang dan isi.
4. Apply kat SPNB nak design ni.

Kalau nak print gambar ni silakan.

Harga - rm60k
Subsidi kerajaan - rm20k
Yang perlu dibayar - rm40k
Kalau buat loan 20 tahun - rm150 bulan2

Kalau nak apply dan memohon boleh rujuk terus ke SPNB di -->  http://www.spnb.com.my/

atau

jumpa ADUN kawasan anda dan minta borang untuk RMR ni.

Sila sebarkan supaya semua orang tahu

Ahad, 27 Julai 2014

Sebelih

  Hasil Kaedah Islam
Hasil ujian menurut kaedah sembelihan Islam mendapati:
.
1.Tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit.
2.   Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.
3.     Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.
4.   Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.

Sabtu, 5 Julai 2014

kajian quran (min)

Pada siri-siri yang lepas saya jelaskan tentang sifat "duality" kejadian manusia iaitu "Insan" (mind) dan "nafsun" (body). Walaupun nama segala benda telah diajar (dimasukkan) ke dalam "insan" (minda) manusia, namun ianya masih lagi belum "accessible" oleh "nafsun" (body) sehinggalah seseorang itu mencapai umur matang. Maksudnya segala simbol dan nama semua benda di alam ini sudah pun dimasukkan ke dalam minda manusia tetapi masih belum lagi "dipindahkan" ke dalam diri (badan atau jasad) manusia. "Pemindahan" ini akan berlaku samada secara formal semasa proses pembelajaran di sekolah dan juga secara tidak formal melalui pengalaman kehidupan seharian, atau pun secara wahyu seperti yang berlaku ke atas sekalian nabi dan rasul. Maka inilah yang disampaikan oleh Chomsky dalam teori "internalism". Dan ayat inilah juga yang menjelaskan konsep "generative grammar" yang hangat diperdebatan pada hari ini iaitu satu teori perkembangan bahasa dan makna yang dipelopori oleh Dr. Noam Chomsky.