Khamis, 10 April 2014

Mubaahalah Ibnu Hajar Al`Asqalaniy

Mubaahalah Ibnu Hajar Al-‘Asqalaaniy tentang Kekafiran Ibnu ‘Arabiy Ash-Shuufiy


Al-Imaam Burhaanuddiin Al-Biqaa’iy rahimahullah berkata:
Telah menceritakan kepada kami Syaikh kami, Syaikhul-IslaamHaafidhul-‘AshrQaadli Al-Qudlaat, Abul-Fadhl Syhiaabuddiin Ahmad bin ‘Aliy bin Hajar Al-Kinaaniy Al-‘Asqalaaniy, Al-Mishriy Asy-Syaafi’iy; kemudian aku melihat adanya penukilan (peristiwa ini) dari kitab Al-Haafidh Taqiyyuddiin Al-Faasiy tentang pengkafiran Ibnu ‘Arabiy, dimana syaikh kami (Ibnu Hajar Al-‘Asqalaaniy) telah memperbaiki sebagian tulisannya dengan tangannya sendiri. Ia (Ibnu Hajar) berkata:
“Pada jaman pemerintahan Adh-Dhaahir Al-Burquuq, ada seseorang yang bernama Ibnul-Amiin yang sangat fanatik terhadap Ibnu ‘Arabiy, penulis kitab Al-Fushuush. Dan aku termasuk orang yang banyak menjelaskan aibnya, menampakkan kejelekan dan kejahatannya. Dan di Mesir waktu itu juga, terdapat seorang syaikh bernama Asy-Syaikh Shafaa, punya kedekatan dengan Adh-Dhaahir. Ibnul-Amiin mengancamku dengan melaporkanku kepadanya (Asy-Syaikh Shafaa) sehingga ia menyebutkan di hadapan sulthaan bahwa di Mesir ada sekelompok orang – aku diantaranya – yang membicarakan orang-orang shaalih dengan keburukan dan yang semisalnya. Pada waktu itu, banyak terjadi kedhaliman, musibah, dan kerugian yang amat sangat. Dan kebetulan waktu itu aku mempunyai harta, sehingga aku khawatir ia (sulthaan) akan menghukumku dan aku pun takut akan bencana yang ditimbulkan olehnya (kepadaku).
Aku berkata (kepada Ibnul-Amiin) : “Sesungguhnya di sini ada sesuatu yang lebih dekat  dari yang engkau inginkan. Yaitu sesuatu yang sebagian Huffaadh katakan sebagai ketetapan istiqraa’ ketika ada dua orang yang bermubahalah (saling mendoakan laknat Allah) atas sesuatu perkara, kemudian berlalu satu tahun bagi orang yang berada di atas kebathilan di antara mereka berdua. Maka marilah kita bermubahalah untuk mengetahui siapakah yang berada di atas kebenaran di antara kita dan siapa pula yang berada di atas kebathilan”. Maka aku dan dia bermubahalah. Aku katakan kepadanya : “Katakan : ‘Ya Allah, apabila Ibnu ‘Arabiy berada di atas kesesatan, maka laknatlah aku dengan laknat-Mu”. Lalu ia mengatakannya. Setelah itu aku berkata : “Ya Allah, seandainya Ibnu ‘Arabiy berada di atas petunjuk, maka laknatlah aku dengan laknat-Mu”. Kemudian kami berpisah.
Dulu ia tinggal di Raudlah. Salah seorang anak tentara pernah menjamunya. Karena satu alasan, ia meninggalkan mereka. Ia keluar di awal waktu malam, dan mereka pun keluar mengikutinya untuk mengawalnya. (Dalam perjalanan) ia merasakan sesuatu yang melintas di kakinya. Ia berkata kepada shahabat-shahabatnya : “Ada sesuatu yang halus melewati kakiku. Coba kalian periksa apakah itu”.
Mereka pun memeriksanya, namun tidak menemukan apapun. Ia meneruskan perjalanannya. Tidaklah ia sampai ke rumahnya, kecuali ia dalam keadaan buta. Dan tidaklah tiba waktu Shubuh, kecuali ia telah meninggal. Peristiwa itu terjadi pada bulan Dzulqa’dah tahun 797 H, sedangkan mubahalah dilakukan pada bulan Ramdlaan tahun tersebut. Sewaktu mubahalah terjadi, aku diberitahu oleh orang yang hadir bahwa orang yang berada di atas kebathilan dalam mubahalah tidak akan hidup lebih dari satu tahun (pasca mubahalah). Dan hal itu memang terjadi, segala puji bagi Allah. Aku pun merasa lega dari kejahatannya dan merasa aman dari perbuatan makarnya....”

[selesai – diambil dari kitab Tanbiihul-Ghabiy ilaa Takfiiriy Ibnil-‘Arabiy oleh Burhaanuddiin Al-Biqaa’iy, hal. 149-150, tahqiiq & ta’liiq : ‘Abdurrahmaan Al-Wakiil; Daarul-Kutub Al-‘Ilmiyyah, Cet. Thn. 1400 H – abul-jauzaa’, perumahan ciomas permai, ciapus, ciomas, bogor - 10061435/10042014 – 23:50].

Rabu, 9 April 2014

Senarai Kopi Beracun Di Sahkan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia


Posted: 08 Apr 2014 08:00 PM PDT
 Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor. Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Penting! Cara mengesan produk minuman dicampur racun




Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket. Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

Berikut adalah senarai kopi beracun. Ianya sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan dan dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang :-

1. Cafe Abang Yes,
2. Candi Gold,
3. Candy 193,
4. Extend Up Energy Drink,
5. Extremen,
6. Extrewomen,
7. Goji Guarana,
8. Goji Guarana Extra,
9. Goji More,
10. Goji Yumberry,
11. Guara Cafe,
12. HBW Ice Lemon Tea,
13. Hotton Vitality Candy,
14. Ie2 O,
15. King Cappucino,
16. Knight Cofee.
17. Kolek Cafe Power Plus,
18. Kopi Angguk,
19. Kopi Asmara,
20. Kopi Bagus AAA,
21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
22. Kopi Pahlawan,
23. Kopi Super Angguk,
24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
25. Maca Max,
26. Macagin Ginseng Candy,
27. Mentalk Candy,
28. Nexus MXP,
29. Night Cafe,
30. Red Energizer Candy For Men,
31. Royal Beverage Maqrifatun,
32. sasanergy Drink,
33. Trica Jus,
34. Tri-Max,
35. True SR,
36. vigor Candy,
37. Vitca-F,
38. Vitca-M,
39. Winnie Beauty V1,
40. XKL Sky Fruit Juice Premix.
41.CATUABA

Dengan adanya senarai ini, para penggemar kopi bolehlah menjadikannya sebagai rujukan. Ianya juga bagi mengelakkan kita dari terus menikmati air kopi mengandungi racun yang berbahaya !
 http://djkakpahkpoh.gomofm.org/

Ahad, 23 Mac 2014

Salafush Shaleh

Imam al Auza'i rahimahullah (wafat 157H) berkata :“Hendaklah kamu berpegang kepada atsar Salafush Shalih meskipun orang-orang menolaknya dan jauhkanlah diri kamu dari pendapat orang meskipun ia hiasi pendapatnya dengan perkataannya yang indah.” [Imam al-Aajury dalam as-Syariah I/445 no. 127, dishahihkan oleh al-Albany dalam Mukhtashar al-Uluw lil Imam adz-Dzahaby hal. 138, Siyar Alaam an-Nubalaa VII/120.]

Read more: http://abuayaz.blogspot.com/2010/05/khabar-ahad-hujjah-dalam-aqidah.html#ixzz2wqvwoVrQ



kaidah ushul fiqh syaikh utsaimin yang mana ? jika 2 ulama berselisih, maka yang paling sesuai dgn dalil lah yang harus di ikuti,bukan pendapat imam yg terdahulu, tetapi imam yang pendapatnya paling sesuai dengan dalil wallahu’alam

Rabu, 19 Mac 2014

sendi manusia

‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim]
 
 

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani]

Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith inside the Human Body”, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1400 tahun yang lalu , iaitu seperti berikut:

  • 147 sendi di tulang belakang
  • 25 sendi antara tulang belakang
  • 72 sendi antara tulang dan tulang rusuk
  • 50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?)
  • 24 sendi di dada
  • 2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage
  • 18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk.
  • 2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat).
  • 2 sendi antara skapula dan dada
  • 86 sendi di hujung teratas
  • 2 sendi antara tulang scapular
  • 6 sambungan antara siku.
  • 8 sendi antara pergelangan tangan
  • 70 sendi antara tulang tangan
  • 92 sendi di hujung terbawah
  • 2 sendi pinggul
  • 6 sendi antara tulang lutut
  • 6 sambungan antara pergelangan kaki
  • 74 sendi antara tulang kaki
  • 11 sendi di pelvis
  • 4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
  • 6 sendi antara tulang acetabulm
  • 1 sendi sumphysis kemaluan


Jumlah sendi 360

Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota –anggota di tubuh manusia.

Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi , dan pada masakini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350.

Allah SWT berfirman:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” ( Al-Mulk :14)

“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)

detik islam

Peta Jengka 8

https://maps.google.com.my/maps?saddr=Bandar+Jengka+Bandar+Pusat+Jengka+Pahang&daddr

Jumaat, 21 Februari 2014

Subhanallah!

Subhanallah! Guru Pondok Meninggal Dunia Pada Rakaat Pertama (3 Foto) | Setiap orang semestinya mahu pengakhiran hidupnya dalam keadaan baik. Khusnul khatimah. Namun bagaimanakah kita mahu mencapai khusnul khatimah jika kita masih tidak beramal dengan segala perintah Allah SWT. Pada hari ini kita dikejutkan dengan satu berita apabila seorang hamba Allah SWT telah menghadap Ilahi dalam keadaan sedang bersolat.Melayukini.net difahamkan almarhum sedang solat Isya pada rakaat pertama, tiba-tiba ia rebah dan didapati meninggal dunia.
meninggal1
Pasir Mas: “Walaupun arwah penduduk negara jiran, namun dia selalu solat berjemaah di masjid ini. Saya terkejut arwah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini.
“Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum,” kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang, di sini, kelmarin.
meninggal2
Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Mahama Jehma, 56, dari Kampung Weng, Thailand berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli-belah dan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan sebelum pulang ke kampungnya.
Ketika rakaat pertama, guru pondok itu rebah dan kemudian disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.
meninggal3
JEMAAH Masjid Beijing melihat anggota polis mengangkat jenazah Mahama yang meninggal dunia ketika solat Isyak, malam kelmarin.
Samsuddin yang juga Setiausaha Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengurusan masjid itu berkata, kejadian berlaku ketika kira-kira 60 jemaah sedang solat Isyak pada rakaat pertama sebelum dia terdengar bunyi seperti benda jatuh.

Manfaat Buah Apel

Posted: 20 Feb 2014 11:36 AM PST
Manfaat Sehat Buah Apel untuk Tubuh. Makan satu apel sehari akan menjauhkan Anda dari dokter. Itu pepatah lama yang bisa dibuktikan kebenarannya. Apel adalah salah satu buah yang dikenal memiliki banyak nutrisi dan manfaat bagi kesehatan. Namun ternyata masih ada saja manfaat kesehatan dari buat apel yang terlewatkan.
Ada beberapa manfaat kesehatan buah apel yang jarang sekali dibahas dan diketahui oleh banyak orang. Apa saja? Berikut adalah Manfaat Buah Apel untuk Kesehatan Tubuh yang jarang diketahui :
Memperpanjang usia
Berdasarkan penelitian oleh American Chemical Society tahun 2011, peneliti mengungkap bahwa apel memiliki khasiat memperpanjang usia hingga 10 persen pada binatang. Penelitian juga menunjukkan bahwa zat dalam apel bisa meningkatkan kemampuan motorik binatang. Meski penelitian ini dilakukan pada binatang, namun peneliti juga menjelaskan bahwa hal tersebut bisa berlaku pada manusia.
Meningkatkan kemampuan mengingat
Berdasarkan penelitian dari University of Massachusetts Lowell, mengonsumsi apel bisa meningkatkan produksi senyawa kimia yang menjadi penghubung antar sel otak yang bernama acetylcholine. Acetylcholine adalah hormon yang memiliki banyak fungsi termasuk membantu otak membentuk struktur baru yang pada gilirannya akan membantu otak lebih mudah mengingat. Selain itu, zat ini juga mencegah penurunan kemampuan mental pada orang yang sudah lanjut usia.
Hal tersebut didukung oleh penelitian terbaru yang menemukan bahwa mengonsumsi buah-buahan kaya antioksidan seperti apel bisa mencegah masalah yang berkaitan dengan ingatan seperti kepikunan dini.
Mencegah serangan jantung dan stroke
Serangan jantung, stroke, dan penyakit yang menyerang arteri berkaitan dengan kolesterol jahat (kolesterol LDL). Di sini, apel bisa membantu Anda untuk mencegahnya karena apel memiliki kemampuan menurunkan tingkat kolesterol jahat hingga 23 persen. Uniknya, apel berhasil menurunkan tingkat kolesterol dan mencegah segala macam penyakit mematikan seperti serangan jantung dan stroke tersebut tanpa efek samping seperti obat penurun kolesterol lainnya.
Mencegah kanker
Berdasarkan penelitian yang dilakukan di Hawaii, terdapat kaitan antara mengonsumsi apel dengan risiko terkena kanker paru-paru pada pria dan wanita. Penelitian ini mengungkap bahwa mengonsumsi apel secara teratur bisa menurunkan risiko terkena kanker paru-paru sebesar 40 – 50 persen. Hal ini bisa jadi disebabkan oleh kadar antioksidan yang terdapat dalam apel. Antioksidan pada apel akan mematikan hormon yang berkaitan dengan munculnya kanker pada paru-paru. Sementara itu, penelitian lain di Harvard Medical School mengungkap bahwa konsumsi apel secara teratur akan menurunkan risiko kanker paru-paru pada wanita hingga 21 persen.
Itulah beberapa manfaat kesehatan buah apel yang jarang diketahui oleh banyak orang. Manfaat di atas semakin memperkuat bahwa apel merupakan salah satu buah yang menyehatkan dan baik dikonsumsi setiap hari. Tunggu apa lagi? Apel cukup murah dan mudah didapatkan, serta mengandung banyak manfaat kesehatan!