TAHUKAH anda bahawa daya ketahanan badan atau sistem imun
bayi yang dilahirkan secara normal dengan si comel yang menjenguk dunia
menerusi pembedahan tidak sama? Melahirkan anak secara pembedahan
memberi kesan besar kepada kehidupan bayi terutama dalam tempoh empat
hingga lima tahun pertama hidup si kecil.